Keberkesanan Pemikiran Reka Bentuk Dalam Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Pencapaian Guru Pelatih Yang Berbeza Tahap Regulasi Kendiri Di Institut Pendidikan Guru

Mansor, Aizul Fared (2019) Keberkesanan Pemikiran Reka Bentuk Dalam Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Pencapaian Guru Pelatih Yang Berbeza Tahap Regulasi Kendiri Di Institut Pendidikan Guru. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (48MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pemikiran reka bentuk dalam pembelajaran berasaskan projek secara dalam talian (ePBP) terhadap pencapaian dan pengekalan pencapaian guru pelatih semester ketiga yang mengikuti jurusan Reka Bentuk dan Teknologi di Institut Pendidikan Guru. Kajian ini juga turut mengkaji sama ada kesan penerapan pemikiran reka bentuk dalam ePBP (ePBP dengan PR) dan tanpa penerapan pemikiran reka bentuk dalam ePBP (ePBP tanpa PR) memberi kesan yang berbeza terhadap tahap regulasi kendiri guru pelatih yang berbeza. Reka bentuk eksperimen kuasi berbentuk ujian pra, ujian pasca dan ujian pasca lanjutan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian adalah seramai 142 orang guru pelatih dan kajian dijalankan di dua buah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang berbeza. Sebuah IPG dijadikan sebagai kumpulan eksperimen pertama (E 1) dan sebuah lagi kumpulan eksperimen kedua (E2).

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 02 Oct 2023 03:33
Last Modified: 02 Oct 2023 03:33
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59445

Actions (login required)

View Item View Item
Share