Nilai Estetika Tembikar Tradisional Terenang Di Pahang

Hassan, Hasnah (2022) Nilai Estetika Tembikar Tradisional Terenang Di Pahang. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (340kB) | Preview

Abstract

Penciptaan produk kraf kesenian Melayu yang dihasilkan daripada tanah liat mempunyai keindahan yang mendalam dari segi reka bentuk dan ragam hias. Kefahaman tentang makna yang tersirat semakin menghilang akibat daripada faktor-faktor keterbatasan pengetahuan tentang estetika Terenang. Kajian Terenang ini perlu bagi mendokumentasikan motif-motif dan reka bentuk yang terdapat pada Terenang. Tembikar Terenang yang berasal daripada Kampung Pasir Durian, Kuala Tembeling, Jerantut Pahang ini merupakan tembikar warisan yang mempunyai bentuk dan motif yang telah mempamerkan serta memperjelaskan tentang kemahiran dan kebijaksanaan pemikiran masyarakat di Kampung tersebut mencipta barangan dari tanah liat sebagai alat keperluan untuk tujuan fungsional, berteknologi sederhana dan praktikal serta memperlihatkan luahan ekspresi estetika. Kaedah kajian kualitatif ini berdasarkan kepada pendokumentasian dan kajian mendalam terhadap estetika tembikar tradisional Terenang. Kaedah kajian kes digunakan bagi mencapai objektif iaitu sumber pertama ialah dari data primer dimana data yang dikumpulkan melalui temubual atau wawancara terhadap responden. Manakala data yang kedua pula menggunakan kaedah permerhatian terhadap dokumen seperti jurnal-jurnal berwasit, audio visual, nota lapangan, gambar-gambar dan akhbar disebut sebagai data sekunder.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 12 Sep 2023 06:43
Last Modified: 12 Sep 2023 06:45
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59360

Actions (login required)

View Item View Item
Share