Fadzli, Siti Dzil Nataqhain Mohd
(2022)
Aplikasi Halalan Toyyiban Dalam Sumber Pendapatan Dan Pemakanan Penerima Anugerah Keluarga Mithali Peringkat Negeri.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Pemakanan berteraskan konsep halalan tayyiban mempunyai banyak kebaikan terhadap manusia. Namun, terdapat beberapa cabaran dalam mengaplikasikan konsep halalan tayyiban dalam aspek pemakanan iaitu berpunca daripada penggunaan sumber pendapatan yang tidak jelas, keruntuhan institusi kekeluargaan Islam, serta masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa kini. Oleh itu, kajian yang dilaksanakan ini adalah bertujuan bagi mengkaji amalan sumber pendapatan dan pemakanan halalan tayyiban yang diamalkan oleh penerima Anugerah Keluarga Mithali peringkat negeri. Kajian berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan teori beralas (Grounded Theory-GT) serta menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu kajian dokumentasi dan kajian temu bual. Kajian dokumentasi dilakukan melalui penelitian dan pembacaan terhadap kitab suci al-Quran, kitab tafsir, hadis Nabi SAW serta kajian-kajian terdahulu. Kajian temu bual pula dilaksanakan melalui pendekatan Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion-FGD) terhadap kesembilan (n=9) buah keluarga responden yang terpilih. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian QSR NVivo versi 7. Analisis dapatan kajian berhasil membina tiga kategori utama berserta enam tema bagi aspek pendapatan halalan tayyiban manakala, lima kategori utama berserta 19 tema bagi aspek pemakanan halalan tayyiban.
Actions (login required)
|
View Item |