Sistem Pengawal Motor Tak Lelurus

Abd. Razak, Siti Nor Hajar (2005) Sistem Pengawal Motor Tak Lelurus. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (227kB) | Preview

Abstract

Kebiasaannya sistem operasi motor memerlukan suatu pengawal yang baik bagi memastikan hasil keluaran halaju putaran yang diperolehi adalah seperti yang dikehendaki dan sentiasa stabil. Pengawal PID (Proportional, Integral, dan Derivative) merupakan satu pengawal piawai dan digunakan secara meluas dalam proses industri. Walau bagaimanapun pengawal PID tidak dapat memberi keluaran halaju putaran yang memuaskan dan memakan masa untuk mecapai keadaan stabil apabila terdapat gangguan tork beban pada sistem operasi motor. Untuk mengatasi masalah tersebut, pengawal tak lelurus telah diperkenalkan. Matlamat utama projek ini adalah untuk membina satu pengawal yang boleh mengawal sistem operasi motor yang tak lelurus, mempertingkatkan lagi kecekapan halaju sudut, dan mempercepatkan sistem operasi motor bagi mencapai keadaan stabil. Oleh itu, nilai terbaik bagi masa naik, rt dan masa penetapan, st yang diperolehi ialah masing-masing 0.1 saat dan 1.4 saat. Didapati nilai masa naik dan masa penetapan tersebut cepat daripada pengawal PID. Keadah yang digunakan bagi merekabentuk pengawal tak lelurus ini ialah kaedah pelelurusan suap-balik (feedback linearization) yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kaedah pelelurusan masukan-keadaan (input-state linearization) dan kaedah pelelurusan masukan-keluaran (input-output linearization). Projek ini merangkumi proses rekabentuk dan analisis bagi pengawal tak lelurus bagi motor arus terus. Semua simulasi yang dilakukan dilaksanakan dengan menggunakan perisian MATLAB.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 12 Apr 2023 06:40
Last Modified: 12 Apr 2023 06:40
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57989

Actions (login required)

View Item View Item
Share