Rekabentuk Sistem Perlindungan Kilat

Mohd Fadzil, Mohd Fazli (2005) Rekabentuk Sistem Perlindungan Kilat. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (545kB) | Preview

Abstract

Sambaran kilat boleh mengakibatkan kerosakkan harta benda, kecederaan yang teruk dan kematian yang menyedihkan. Disebabkan oleh bahaya yang dinyatakan itu, semua jenis bangunan lebih dari tiga tingkat akan dilengkapi dengan sistem perlindungan kilat. Didapati kawasan Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan masih lagi tidak dilengkapi dengan sistem perlindungan kilat. Setelah diselidiki, kawasan yang masih terdedah dengan risiko terkena sambaran petir ialah kawasan padang bola sepak satu, padang bola sepak dua dan padang rugbi. Tiga kawasan ini sentiasa dipenuhi oleh warga kampus setiap petang. Oleh itu peratus kecederaan dan kematian adalah banyak disebabkan kawasan ini tidak mempunyai sistem perlindungan kilat. Dalam projek ini, saya merekabentuk satu sistem perlindungan kilat yang dapat memberi perlindungan kepada warga kampus yang menggunakan padang setiap petang. Sistem perlindungan kilat di padang ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama menampung kawasan di sebelah tiang gol. Bahagian ini direkabentuk dengan meletakkan jaring besi setinggi 20 meter di sepanjang lebar padang. Bahagian kedua pula melindungi kawasan tengah padang. Bahagian ini diletakkan dua batang tiang bendera besi di setiap tepi padang. Tiang bendera ini juga setinggi 20 meter. Jaring besi dan tiang bendera ini dilengkapi dengan sistem kebumikan arus yang berlebihan ke tanah. Setelah dua bahagian itu direkabentuk, sekali lagi kawasan padang tersebut diselidiki. Didapati kawasan ini telah dapat dilindungi dari risiko bahaya yang akan terkena akibat dari sambaran kilat. Dengan itu kawasan ini adalah selamat diduduki ketika apa jua jenis cuaca.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 12 Apr 2023 04:09
Last Modified: 12 Apr 2023 04:09
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57980

Actions (login required)

View Item View Item
Share