Rekabentuk Sistem Pakar Bagi Pulmonari Tuberculosis Dengan Peningkatan Imej

Zainuddin, Tina Zahani (2005) Rekabentuk Sistem Pakar Bagi Pulmonari Tuberculosis Dengan Peningkatan Imej. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (218kB) | Preview

Abstract

Sistem pakar adalah suatu system yang mampu meniru cara pakar menganalisis masalah. Sistem pakar adalah sebahagian daripada cabangan kajian teknologi kepintaran buatan yang direkabentuk untuk membantu mengatasi masalah dan mempertingkatkan tahap produktiviti. Pengetahuan atau maklumat yang di ambil daripada buku teks, journal, para pakar, atau mana-mana sumber lain dikod ke dalam bentuk bersesuaian untuk digunakan dalam proses deduksi. Sistem pakar yang dibina membolehkan jangkitan penyakit batuk kering atau Tuberculosis diramal dengan bantuan alat peningkatan imej. Sistem pakar ini, direkabentuk dengan aplikasi Borland C++ Bulder Versi 6.0. Sistem yang dibina ini bukan sahaja boleh meramal jangkitan tetapi turut memberi keterangan mengenai penyakit pada paparan tetingkat utama. Alat bantu utama dalam mengesan penyakit batuk kering atau Tuberculosis ini adalah dengan menggunakan imej x-ray. Imej yang dimuat naik ke dalam tetingkap utama sistem pakar akan dirujuk oleh pengguna system. Manipulasi imej boleh dilakukan oleh pengguna dengan mengaplikasikan alat peningkatan imej. Sistem pakar ini dibina dengan berpegang kepada prinsip yang memerlukan sistem yang mudah agar pengguna kali pertama sistem turut boleh menggunakannya dengan efektif.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 12 Apr 2023 03:31
Last Modified: 12 Apr 2023 03:31
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57979

Actions (login required)

View Item View Item
Share