Rekabentuk Satu Teknik Tera Air Separa Rapuh Yang Berasaskan ‘Wavelet’ Untuk Kegunaan Pengesahan Imej

Koh, Ling Hock (2005) Rekabentuk Satu Teknik Tera Air Separa Rapuh Yang Berasaskan ‘Wavelet’ Untuk Kegunaan Pengesahan Imej. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (636kB) | Preview

Abstract

Kemasyhuran jaringan di seluruh pelosok dunia pada awal tahun 1990 telah menunjukkan bahawa ia mempunyai potensi komersial untuk menawarkan sumber multi-media melalui rangkaian digital. Disebabkan peminat-peminat komersial mencuba-cuba untuk menggunakan rangkaian digital bagi menawarkan media digital rekaan mereka demi keuntungan, mereka mempunyai minat yang mendalam untuk melindungi hak-hak milik mereka. Dengan ini, teknik tera air digital telah diusulkan sebagai satu jalan penyelesaian untuk mencapai objektif ini. Teknik tera air digital telah banyak digunakan dalam aplikasi seperti perlindungan harta intelek, hakcipta, pengesahan isi kandungan dan penyembunyian informasi. Sejak tahun 1993, kajian tentang penggunaan teknik tera air digital dalam pengesahan kandungan imej semakin mendapat tempat. Pengesahan kandungan imej dilakukan dengan cubaan membenamkan maklumat ke dalam imej tersebut dengan tujuan untuk mengesan dan mengenal pasti kawasan yang telah diubahsuai. Dalam disertasi ini, satu teknik tera air separa rapuh yang berdasarkan wavelet untuk kegunaan pengesahan kandungan imej telah dicadangkan. Kaedah ini adalah sensitif terhadap sebarang pengubahsuaian yang dilakukan ke atas kandungan imej yang telah terbenam. Dalam teknik ini, imej akan dibahagikan kepada blok-blok yang berbentuk segiempat sama tanpa pertindihan antara blok-blok tersebut. Kemudian, purata keamatan bagi piksel-piksel dalam setiap blok dihitung dan seterusnya dibenamkan balik ke dalam imej tersebut sebagai satu tera air separa rapuh untuk melindungi kandungan imej itu. Keputusan dari eksperimen jelas menunjukkan bahawa teknik yang telah dicadangkan adalah terjamin dan berkemampuan untuk mengesan kawasan yang telah diubahsuai.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 11 Apr 2023 06:20
Last Modified: 11 Apr 2023 06:20
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57953

Actions (login required)

View Item View Item
Share