Rekabentuk Pengukur Jarak Kedalaman Air

Ridzuan, Mohd Ikmal (2005) Rekabentuk Pengukur Jarak Kedalaman Air. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (495kB) | Preview

Abstract

Projek pengukur jarak kedalaman air ini bertujuan untuk mengukur jarak kedalaman air ditempat-tempat tertentu. Terdapat beberapa bahagian litar dalam projek ini iaitu dibahagian penjana dan pemancar isyarat, penerima dan penguat, dan dibahagian pembanding. Mikro pengawal digunakan untuk mengawal keseluruhan kerja dan mengira jarak kedalaman air dalam projek ini. Mikro pengawal yang digunakan adalah BASIC STAMP 2. Mikro pengawal ini diprogramkan agar berupaya mengawal litar litar-litar dalam projek ini dan mengukur jarak kedalaman air. Dalam projek ini, gelombang bunyi berfrekuensi 2 kHz digunakan sebagai medium pengukuran. Gelombang ini dijana mengunakan pemasa 555 dan dipancarkan mengunakan speaker pemancar. Pemancaran gelombang ini dikawal oleh mikro pengawal melalui litar pembanding. Gelombang yang dipancar ini akan terpantul pada dasar kedalaman air dan akan diterima oleh speaker penerima. Speaker penerima bertindak menukarkan isyarat gelombang kepada isyarat elektrik. Isyarat yang diterima ini adalah lemah. Ia kemudiannya ditingkatkan oleh penguat. Isyarat yang ditingkatkan ini kemudiannya dibandingkan oleh litar pembanding. Mikro pengawal akan menterjemahkan isyarat yang keluar dari litar pembanding ini kepada masa yang diambil oleh gelombang kedasar yang dituju. Hasilnya adalah jarak kedalaman air tersebut.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 11 Apr 2023 05:58
Last Modified: 11 Apr 2023 05:58
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57949

Actions (login required)

View Item View Item
Share