Rekabentuk Pemenggal Arus Terus 5V, 10A

Osman, Mohamad Farid (2005) Rekabentuk Pemenggal Arus Terus 5V, 10A. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (161kB) | Preview

Abstract

Matlamat utama projek ini adalah untuk merekabentuk satu litar pemenggal arus terus untuk aplikasi 5V, 10A. Fungsi litar ini adalah untuk menukar satu sumber masukan voltan arus terus kepada keluaran voltan arus terus. Voltan masukan diantara 10V hingga 48V boleh digunakan. Tetapi dalam projek ini, voltan masukan 10V dipilih. Projek ini juga mensasarkan kecekapan litar melebihi 80%. Analisis litar dijalankan menggunakan perisian Psim bagi menguji litar yang telah direkabentuk. Di antara analisis-analisis yang dijalankan adalah mengubah nilai-nilai parameter seperti frekuensi pensuisan dan kitar tugas agar sesuai dengan keperluan litar. Rekabentuk litar pensuisan pula menggunakan teknik PWM yang mampu menghasilkan isyarat dengan kadar tempoh pensuisan yang pantas. Untuk memastikan litar pemenggal beroperasi pada kecekapan yang tinggi, frekuensi pensuisan yang baik ditentukan. Litar bekalan kuasa yang menjadi masukan voltan arus terus juga direkabentuk. Litar bekalan kuasa ini mengandungi penerus titi yang berfunsi sebagai penukar voltan arus ulang-alik kepada voltan arus terus. Keseluruhan projek menggunakan pendekatan dalam bidang elektronik kuasa.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 11 Apr 2023 05:43
Last Modified: 11 Apr 2023 05:43
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57947

Actions (login required)

View Item View Item
Share