Penyingkiran Ammonia, Cod, Ferum Dan Zink Dengan Menggunakan Kombinasi Zeolit Dan Karbon Teraktif

Terry, Solle Sudar (2005) Penyingkiran Ammonia, Cod, Ferum Dan Zink Dengan Menggunakan Kombinasi Zeolit Dan Karbon Teraktif. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (113kB) | Preview

Abstract

Larut lesapan merupakan air yang mengalir keluar melepasi sisa pepejal di tapak pelupusan sisa pepejal. Ia mengandungi beberapa komposisi bahan pencemar yang agak tinggi seperti ammonia, klorida, sulfat, ferum, kadmium, zink, plumbum dan nilai BOD serta COD yang agak tinggi. Maka satu kaedah rawatan yang berkesan perlu diperkenalkan untuk memastikan pencemaran air berada pada tahap yang minimum. Kajian ini membincangkan hasil eksperimen tentang penyingkiran ammonia, COD, ferum dan zink dengan menggunakan kombinasi zeolit dan karbon teraktif’. Kajian ini amat penting dilakukan untuk mengkaji bahan-bahan baru yang sesuai untuk menyingkirkan bahan pencemar di dalam larut lesapan Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap keberkesanan dan kombinasi terbaik bagi zeolit dan karbon teraktif dalam proses rawatan larut lesapan di samping menentukan saiz dan kuantiti optimum bagi kombinasi kedua-dua bahan tersebut untuk mencapai tahap keberkesanan yang paling tinggi berdasarkan penghasilan isoterm penjerapan Freundlinch dan Langmuir. Seterusnya menentukan peratus penyingkiran COD, ammonia, ferum dan zink yang mana di perolehi, kombinasi 0.3g zeolit dan 0.1g karbon teraktif adalah kombinasi terbaik untuk menyingkirkan ammonia, COD dan zink iaitu masing-masing sebanyak 60%, 57% dan 55%. Manakala kombinasi 0.1g zeolit dan 0.3g karbon teraktif adalah kombinasi terbaik untuk menyingkirkan ferum iaitu sebanyak 70%. Hasil daripada kajian ini boleh digunakan untuk rawatan yang lebih komersial pada masa akan datang kerana ia mampu untuk menjimatkan kos serta lebih efisien.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 10 Apr 2023 09:43
Last Modified: 10 Apr 2023 09:43
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57931

Actions (login required)

View Item View Item
Share