Penghasilan Peta Pintar (I-Map) Untuk Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan Menggunakan Pengintegrasian Cad Dan Imej Satelit Resolusi Tinggi Untuk Pembangunan Masa Hadapan

Ibrahim, Irwan Hadi (2005) Penghasilan Peta Pintar (I-Map) Untuk Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan Menggunakan Pengintegrasian Cad Dan Imej Satelit Resolusi Tinggi Untuk Pembangunan Masa Hadapan. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (159kB) | Preview

Abstract

Projek ini secara amnya bertujuan untuk membangunkan satu pangkalan data GIS untuk Univesiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan. Pangkalan data yang dihasilkan adalah penting kerana ia akan memudahkan kerja pengumpulan, pencarian dan pengurusan maklumat mengenai USM kampus kejuruteraan. Terdapat beberapa perisian telah digunakan bagi membangunkan pangkalan data ini. Antara perisian yang digunakan ialah ArcView GIS dan Idrisi GIS. Dengan bantuan perisian ini maka projek ini berjalan dengan lancar. Daripada keputusan dan hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa projek ini dapat menjalankan analisis mengenai kedudukan infrastruktur di dalam kawasan kampus ini berbanding dengan peta ‘As-built’ yang telah dibuat. Semua maklumat ini telah digabung di bawah satu pangkalan data yang diberi nama Peta Pintar (I-Map) Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan. Proses pembangunan pangkalan data ini dengan mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan kampus ini. Semua maklumat yang diperolehi ditukar kedalam bentuk digital supaya ia boleh dimasukkan ke dalam pangkalan data yang dibangunkan. Integerasi antara perisian ArcView GIS dan Idrisi GIS beserta maklumat yang diperolehi maka satu sistem pangkalan data GIS yang mengikut keperluan pengguna dan juga keadaan semasa terhasil.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 10 Apr 2023 09:38
Last Modified: 10 Apr 2023 09:38
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57930

Actions (login required)

View Item View Item
Share