Pengenalpastian Parasit Malaria

Syed Zainal Abidin, Syed Muhamad Hatmi (2005) Pengenalpastian Parasit Malaria. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (292kB) | Preview

Abstract

Dalam bidang perubatan, terdapat juru analisis bagi menganalisis dan mengeluarkan data daripada sampel sel darah. Sampel-sampel ini akan dikelaskan dan dianalisis bagi mengesan sebarang penyakit. Walau bagaimanapun bagi manusia, untuk melaksanakan kerja ini dalam lingkungan masa yang lama dan sampel yang banyak adalah memenatkan. Ini menyebabkan masalah kesilapan analisis kerap berlaku. Seorang juruteknik makmal memerlukan satu tempoh masa yang agak lama bagi memeriksa satu sampel. Kepekaan mata manusia adalah dalam lingkungan 40 peratus sahaja dan seorang juruteknik makmal hanya boleh menganalisis tidak lebih daripada 20 sampel sehari bagi mengelakkan bacaan yang salah. Sebagai penyelesaiannya, pembangunan perisian yang boleh menganalisis setiap sampel sel darah amat diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Perisian ini akan memeriksa keseluruhan sampel berdasarkan kriteria-kriteria sesuatu penyakit. Bagi projek ini, kriteria-kriteria ataupun ciri- ciri bagi parasit malaria perlu dipertimbangkan bagi mengenalpasti dan mengesahkan sama ada suatu sampel darah mengandungi parasit malaria ataupun tidak. Setelah kehadiran parasit malaria dikesan, bilangan parasit yang terdapat dalam satu imej sampel sel-sel darah akan dikira bagi menentukan jumlah parasit malaria yang terdapat dalam sampel tersebut. Perisian yang dibangunkan ini akan melaksanakan analisis terhadap sampel menggunakan teknik pemprosesan imej yang diimplementasikan menggunakan pengaturcaraan berorientasikan objek C++ Builder. Dengan penggunaan sistem ini, ralat semasa pengenalpastian dilakukan akan dapat dikurangkan dan lebih banyak sampel dapat diperiksa berbanding dengan kaedah biasa.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 10 Apr 2023 06:02
Last Modified: 10 Apr 2023 06:02
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57919

Actions (login required)

View Item View Item
Share