Pengelog Data Untuk Multi-Meter Digital

Lai, Thiam Hee (2004) Pengelog Data Untuk Multi-Meter Digital. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (275kB) | Preview

Abstract

Seperti yang kita ketahui, teknologi kini membolehkan multi – meter digabungkan dengan komputer melalui port sesiri supaya dapat digunakan semasa membuat pengukuran. Komputer cuma perlu dibuka semasa pengukuran pada multi – meter dilakukan untuk merekod data ke dalam komputer. Namun, keadaan ini adalah kurang praktikal kerana ia membazirkan sumber komputer. Juga, bukan semua multi – meter mempunyai port sesiri yang terbina dalam ( built – in ). Untuk mengatasi masalah ini, projek ini dilakukan. Pengelog data yang dihasilkan dapat menjalani fungsi dan juga bebas daripada masalah – masalah yang diterangkan di atas. Semasa pengelogan data dilakukan, pengelog data dan multi – meter tidak perlu disambung ke komputer melalui port sesiri. Pengelog data bagi multi – meter digital yang dihasilkan ini dapat beroperasi secara sendiri sebagai sebuah unit ( stand-alone). Ia hanya perlu disambung ke komputer melalui port sesiri hanya apabila pengukuran telah selesai dan data yang tersimpan dalam ingatan mikro kawalan perlu disalin ke dalam komputer untuk manipulasi data secara lebih lanjut.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 10 Apr 2023 05:51
Last Modified: 10 Apr 2023 05:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57917

Actions (login required)

View Item View Item
Share