Pemodelan Sistem Pintar Untuk Menentukan Nilai Pecahan Minyak

Mohamood, Nadzrie (2005) Pemodelan Sistem Pintar Untuk Menentukan Nilai Pecahan Minyak. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (304kB) | Preview

Abstract

Tajuk kajian adalah pemodelan sistem pintar untuk menentukan pecahan minyak. Tujuan penyelidikan adalah untuk menentukan pecahan minyak di dalam saluran paip yang melibatkan aliran dua komponen iaitu minyak dan gas. Terdapat banyak jenis regim aliran yang mungkin terbentuk dalam saluran paip seperti strata, teras, anulus, gelembung dan juga homogen. Dalam kajian ini kesemua regim aliran ini direkabentuk dengan cara membina bahagian-bahagian bergeometri menggunakan aturcara dan dijadikan masukan kepada penyelaku (simulator) Tomografi Kemuatan Elektrik (TKE) untuk mendapatkan set data TKE dalam bentuk nilai pengukuran kemuatan bebas. Kajian ini menggunakan Rangkaian Neural Buatan (RNB) untuk menyelesaikan masaalah dalam menetukan pecahan minyak. Keseluruhan kerja pula direalisasikan menggunakan perisian Matlab versi 6.5.1. Penyelidikan ini tidak akan meliputi fasa pembentukan semula imej dalam menentukan pecahan minyak. Keseluruhan data dari penyelaku TKE dibahagikan kepada 3 bahagian utama untuk digunakan dalam proses pembelajaran RNB. 40% daripada sejumlah data digunakan untuk melatih, 20% sebagai data pengesahan dan 40% selebihnya dijadikan data ujian. Pembahagian data-data ini dibuat secara rawak. Senibina RNB yang digunakan adalah dari jenis Radial Basis Function (RBF). Keluaran adalah di antara nilai 0 hingga 1 yang mana menunjukkan nilai pecahan minyak dalam keratan rentas saluran paip.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 07 Apr 2023 09:03
Last Modified: 07 Apr 2023 09:03
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57897

Actions (login required)

View Item View Item
Share