Abu Seman, Noorhidayati (2005) Pakej Perisian Pemprosesan Imej Untuk Kanser Payudara. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)
|
PDF
Download (180kB) | Preview |
Abstract
Kanser payudara merupakan antara penyakit yang paling kerap menyerang golongan wanita. Pengesanan kanser ini boleh dilakukan menerusi ujian Pap. Namun begitu, ujian ini mempunyai beberapa kelemahan seperti kekaburan dan gangguan dari kawasan yang tidak diingini. Kelemahan-kelemahan ini akan mengganggu proses diagnosis dan keputusan yang dibuat. Oleh itu, menerusi projek ini satu sistem dibina menggunakan perisian Borland C++ Builder yang berfungsi untuk memproses imej palitan Pap bagi mengatasi kelemahan pada imej tersebut. Dengan itu, teknik peningkatan kontras dan teknik penurasan telah dilaksanakan ke atas imej palitan Pap untuk meningkatkan kualiti imej tersebut. Teknik penurasan amat berguna untuk imej yang mempunyai hingar. Algoritma yang digunakan untuk peningkatan kontras adalah penyebaran kontras, penyebaran cerah, penyebaran gelap, penyamaan histogram dan peningkatan kepekatan warna. Manakala algoritma yang digunakan untuk teknik penurasan pula adalah penuras laluan tinggi, penuras laluan rendah dan penuras median. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa teknik-teknik pemprosesan imej ini telah berjaya meningatkan kualiti imej palitan Pap.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Subjects: | T Technology T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering |
Divisions: | Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Show/Exhibition |
Depositing User: | Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman |
Date Deposited: | 04 Apr 2023 09:42 |
Last Modified: | 04 Apr 2023 09:42 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/57794 |
Actions (login required)
View Item |