Meter Kuasa Maya

Elias, Mohd Rizwan (2005) Meter Kuasa Maya. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (363kB) | Preview

Abstract

Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan penggunaan perisian Meter Kuasa. Perisian ini amat berguna bagi memantau dan membuat pemerhatian terhadap penggunaan tenaga elektrik bagi sesuatu beban. Disamping itu sistem bil penggunaan tenaga elektrik turut dibangunkan . Sistem perisian ini disambungkan secara pangkalan sesiri (serial port) dengan penyambung DB-9 RS232 seterusnya papan mikropengawal (microcontroller) PIC16F877 yang dijadikan papan perantaraan di antara penyambung DB-9 RS232 dengan litar pengukuran dan beban yang hendak diuji. Antaramuka perisian akan membuka pangkalan sesiri dengan menghantar arahan buka pangkalan untuk membolehkan komunikasi dengan mikropengawal PIC16F877. Penghantaran dan penerimaan data di antara antaramuka perisian dengan mikropengawal adalah secara dua hala melalui pangkalan sesiri berbantukan penerima-penghantar segerak sejagat (Universal Synchronous ASynchronous Receiver Transmitter, USART). Data adalah dalam bentuk berformat ASCII dan disimpan bagi setiap 1 jam bagi tujuan pengawasan dan rujukan. Antaramuka Microsoft Visual Basic 6.0 digunakan adalah berasaskan maklumat pangkalan data (database) yang dapat menyimpan maklumat bacaan masukan dan keluaran bagi parameter-parameter elektrik tertentu dari beban serta merekod maklumat pengguna disamping mengira penggunaan kos tenaga elektrik. Sistem bil manual dan perekodan data pengguna turut dibangunkan dan menepati piawai Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 04 Apr 2023 09:23
Last Modified: 04 Apr 2023 09:23
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57792

Actions (login required)

View Item View Item
Share