Mengecam Dan Membezakan Tahap Kematangan Buah Pisang Menggunakan Antena Hon, Pemuat Dan Rangkaian Neural

Mohd Jadi, Noorasimah (2005) Mengecam Dan Membezakan Tahap Kematangan Buah Pisang Menggunakan Antena Hon, Pemuat Dan Rangkaian Neural. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (212kB) | Preview

Abstract

Penggunaan antena, pemuat dan rangkaian neural boleh digunakan dalam proses pengecaman dan mengklasifikasikan tahap kematangan buah. Dalam menjalankan ujikaji ini dua antena hon piramid yang bertindak sebagai pemancar dan pemerima digunakan. Di mana antena pemancar disambungkan kepada penjana isyarat dan antena penerima disambungkan ke penganalisa spektrum bagi mengukur perambatan gelombang mikro terhadap bahan yang diuji iaitu buah pisang emas. Kemudian dalam masa yang sama nilai kemuatan buah pisang diambil dengan menggunakan dua plat selari yang membenarkan buah pisang bertindak sebagai dielektrik. Kedua-dua plat ini disambung kepada RCL meter bagi mengukur nilai kemuatan buah pisang bagi setiap tahap kematangan yang diuji. Akhir sekali kedua-dua data ini digunakan bagi melatih rangkaian neural dalam mengecam dan mengklasifikasikan tahap kematangan buah pisang. Rangkaian Perceptron Pelbilang Lapisan dipilih sebagai jenis rangkaian neural yang digunakan untuk ujikaji ini. Perisian MATLAB digunakan dalam melatih rangkaian neural network ini sehingga rangkaian ini mampu mengecam tahap kematangan buah.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 04 Apr 2023 09:15
Last Modified: 04 Apr 2023 09:15
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57790

Actions (login required)

View Item View Item
Share