Roslan, Rosmaiza (2005) Mengawal Kelajuan Motor Aruhan Satu Fasa Menggunakan PWM Berdasarkan FPGA. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)
|
PDF
Download (211kB) | Preview |
Abstract
Dalam menuju era teknologi yang serba canggih ini, teknologi rekabentuk merupakan salah satu aset yang penting dalam meningkat taraf teknologi negara. Oleh itu, projek merekabentuk litar pengawal kelajuan motor induksi satu fasa menggunakan FPGA ini adalah salah satu teknologi rekabentuk baru. Motor merupakan satu perkakas yang penting dalam usaha meningkatkan industri pembuatan dan pengeluaran. Dengan adanya rekabentuk litar ini, tugas- tugas manusia dalam melakukan kerja- kerja pengelolaan mesin dalam industri dalam diselenggarakan dengan mudah. Litar pengawal kelajuan ini menggunakan kaedah pemodulatan lebar denyut (PWM). Terdapat pelbagai kaedah bagi menghasilkan PWM ini. Salah satu daripada kaedah tersebut ialah dengan menggunakan FPGA. Projek ini bertujuan untuk merekabentuk isyarat pemodulatan lebar denyut yang akan mengawal kelajuan motor aruhan arus ulang alik menggunakan perisian xilinx.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Subjects: | T Technology T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering |
Divisions: | Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph |
Depositing User: | Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman |
Date Deposited: | 03 Apr 2023 08:47 |
Last Modified: | 03 Apr 2023 08:47 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/57758 |
Actions (login required)
View Item |