Hasyimah Haniza, Noor
(2015)
Gaya Pembelajaran Murid Disleksia Di Sekolah-sekolah Terpilih.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia..
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti (i) gaya pembelajaran murid disleksia berdasarkan
modaliti visual, auditori, membaca/menulis (read/write) dan kinestetik (YARK), (ii) gaya
pembelajaran modaliti YARK yang dominan dalam kalangan murid disleksia dan (iii)
mengenal pasti sama ada gaya pembelajaran modaliti YARK yang dominan dalam kalangan
murid disleksia ditentukan oleh trait-trait pembawaan ataupun dibentuk melalui pengalaman
pendidikan. Reka bentuk kajian ini adalah kombinasi dua jenis pendekatan iaitu pendekatan
kuantitatif dan kualitatif. Pengumpulan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan Soal
Selidik YARK - versi golongan muda. Manakala, pengumpulan data kualitatif dilakukan
melalui kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Sampel
kajian kuantitatif adalah seramai 44 orang murid disleksia manakala sampel atau peserta
kajian kualitatif adalah tiga orang murid disleksia yang dipilih daripada sampel kajian
kuantitatif. Data kuantitatif dianalisis dan dibentangkan secara statistik deskriptif manakala
data kualitatif dianalisis menggunakan Model Interaktif: Komponen Analisis Data. Dapatan
kuantitatif menunjukkan bahawa murid disleksia yang dikaji mempunyai (i) gaya
pembelajaran modaliti YARK yang pelbagai iaitu seperti gaya pembelajaran visual (V) (6
orang, 13.6%), gaya pembelajaran auditori (A) (I5 orang, 34.1%). gaya pembelajaran
membaca/menulis (read/write) (R) (10 orang, 22.7%), gaya pembelajaran kinestetik (K) (3
orang, 6.8%), gaya pembelajaran VA (2 orang, 4.5%), gaya pembelajaran VR (seorang,
Actions (login required)
|
View Item |