Indeks Barah Payudara Menggunakan Rangkaian Neural HMLP

Syed Radzuan, Syed Firdaus (2005) Indeks Barah Payudara Menggunakan Rangkaian Neural HMLP. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (398kB) | Preview

Abstract

Barah payudara merupakan salah satu penyumbang utama kepada kes kematian dikalangan wanita di seluruh dunia hari ini. Bagi mengatasi masalah ini, aturcara indeks barah payudara diperkenalkan. Aturcara ini akan mengira kebarangkalian seseorang itu menghidapi barah dan tahap barah tersebut. Rangkaian neural pelbagai lapisan perceptron hibrid (Hybrid Multilayered Perceptron - HMLP) digunakan bagi mendiagnosis dan memeriksa data yang didapati daripada penyelidik. Selain daripada itu, melalui penggabungan dengan ralat anggaran berulang terubahsuai (Modified Recursive Prediction Error – MRPE), rangkaian ini akan memilih nilai pemberat yang optimum bagi memperolehi pengiraan yang jitu dan menghampiri dengan nilai yang sebenar. Rangkaian HMLP dipilih disebabkan oleh peratus ketepatan dan kejituan yang tinggi berbanding dengan rangkaian neural yang lain. Bukan itu sahaja, malah rangkaian ini merupakan yang terbaru dalam dunia rangkaian neural hari ini. Semua algoritma yang digunakan dimasukkan ke dalam perisian Borland C++ Builder. Perisian ini merupakan antara muka kepada pengguna yang ingin menggunakan aturcara barah payudara ini.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 31 Mar 2023 03:51
Last Modified: 31 Mar 2023 03:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57686

Actions (login required)

View Item View Item
Share