Elektronik Kuasa Dalam Aplikasi Pengecasan Kapasitor

Nik Ramli, Nik Izudin (2005) Elektronik Kuasa Dalam Aplikasi Pengecasan Kapasitor. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (191kB) | Preview

Abstract

Projek ini bertujuan untuk merekabentuk satu litar elektronik kuasa yang diguna dalam aplikasi pengecasan kapasitor. Litar ini ialah Penukar Resonan Beban Sesiri Tetimbang Separuh. Fungsi litar ini ialah untuk membekalkan kuasa arus terus (dc) resonan (resonant power supplies). Litar ini dapat berfungsi seperti transformer di mana ia dapat menurunkan voltan masukan dc sehingga julat voltan keluaran lebih kecil dari separuh voltan masukan. Masukan voltan yang di beri ialah 30V. Analisis telah dijalankan dengan menggunakan perisian PSIM bagi menguji litar rekabentuk yang telah dibuat. Daripada simulasi PSIM dapat di ketahui bahawa voltan keluaran yang di hasilkan bergantung kepada frekuensi resonan dan frekuensi pensuisan yang dikenakan. Perubahan frekuensi pensuisan yang di lakukan akan mempengaruhi mod operasi litar. Terdapat 2 mod operasi litar iaitu mod tak berterusan dan mod berterusan. Mod tak berterusan berlaku apabila frekuensi pensuisan lebih kecil daripada separuh frekuensi resonan. Manakala mod berterusan pula berlaku apabila frekuensi pensuisan lebih besar daripada separuh frekuensi resonan. Daripada simulasi litar, pada mod tak berterusan di dapati voltan keluaran yang di hasilkan ialah 5V manakala pada mod berterusan voltan keluarannya ialah 12V. Semakin tinggi frekuensi pensuisan di kenakan, semakin tinggi voltan keluaran yang di hasilkan tetapi hanya terhad sehingga separuh voltan masukan sahaja. Rekabentuk litar pensuisan pula menggunakan teknik PWM bagi mengawal isyarat kawalan suis MOSFET.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 31 Mar 2023 03:40
Last Modified: 31 Mar 2023 03:40
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57684

Actions (login required)

View Item View Item
Share