Antena Pintar

Azhani Khalid, Ahmad Khairol (2005) Antena Pintar. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (239kB) | Preview

Abstract

Projek ini merupakan sebuah projek untuk menghasilkan sebuah antena. Antena yang dihasilkan diberi nama antena pintar. Antena ini mempunyai 6 patch elemen. Antena yang dihasilkan mempunyai lingkungan sudut yang luas dan mempunyai nilai gandaan minimum yang tinggi iaitu sebanyak 6 dBic. Antena pintar tidak mempunyai paten yang ditetapkan, tetapi boleh berubah mengikut arah isyarat radio semasa. Cara yang digunakan ialah dengan melakukan pensuisan pancaran yang mudah untuk mengoptimumkan pemancaran. Cara ini dapat mengurangkan kehilangan kuasa kerana pancaran hanya akan dipancar hanya kepada pengguna, kuasa yang terpancar pada arah lain hanya akan dianggap sebagai gangguan pada pengguna lain. Antena pintar akan memancar isyarat pada rakan komunikasi sahaja. Antara kelebihan antena pintar berbanding antena lain ialah. Antena pintar dapat meningkatkan kandungan muatan, meningkatkan jarak pancaran, menyediakan servis baru, lebih selamat, dan mengurangkan penyiaran pelbagai arah. Antena pintar direkabentuk kecil, padat dan nipis kerana ia akan di pasang pada kapal, bumbung kereta dan bullet train.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 28 Mar 2023 06:29
Last Modified: 28 Mar 2023 06:29
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57591

Actions (login required)

View Item View Item
Share