Analisa Dan Rekabentuk Pensuisan Pemodulatan Lebar Denyut (PWM) Dengan Menggunakan Teknik Pensuisan

Mohd Zaini, Mohd Faizal (2005) Analisa Dan Rekabentuk Pensuisan Pemodulatan Lebar Denyut (PWM) Dengan Menggunakan Teknik Pensuisan. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (276kB) | Preview

Abstract

Projek tahun akhir ini yang bertajuk “Analisis Dan Rekabentuk Pensuisan Lebar Denyut Termodulat (PWM) Dengan Menggunakan Teknik Pensuisan Lembut Untuk Aplikasi Penuras Kuasa Aktif”, bertujuan untuk menganalisa dan merekabentuk litar pensuisan lebar denyut termodulat (PWM). Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk mengaplikasikan teknik pensuisan lembut pada litar pensuisan PWM bagi kegunaan pensuisan peranti kuasa dalam penuras kuasa aktif. Pensuisan ini dapat digunakan untuk pensuisan peranti kuasa bagi melakukan proses buka dan tutup pada masa yang ditetapkan iaitu pada arus sifar ataupun pada voltan sifar. Dengan ini pensuisan peranti kuasa tidak dilakukan secara paksa ataupun tiba-tiba. Ini adalah hasil daripada pensuisan arus sifar dan pensuisan voltan sifar yang menyebabkan arus sefasa dengan voltan sumber. Teknik lebar denyut termodulat yang dipilih ialah lebar denyut termodulat bentuk sinus (SPWM). Manakala teknik pensuisan lembut diaplikasikan untuk mengatasi masalah kehilangan tenaga peranti kuasa semasa pensuisan yang berfrekuensi tinggi dan mengurangkan gangguan elektromagnetik (EMI). Peranti kuasa yang digunakan sebagai komponen dalam litar penyongsang. adalah transistor dwikutub get tertebat (IGBT-Insulated Gate Bipolar Transistor). Untuk mencapai objektif projek ini, kajian ilmiah tentang pemodulatan lebar denyut, teknik pensuisan lembut iaitu konfigurasi pensuisan voltan sifar dan penyongsang menggunakan transistor dwikutub get tertebat dilakukan. Kemudian rekabentuk litar penyongsang dengan masukan get isyarat SPWM dan pendekatan teknik pensuisan lembut dibina menggunakan perisian SIMCAD V4.1 dan PSPICE V9.2. Perbandingan dengan teori dilakukan untuk mengesahkan litar yang telah dibina. Rekabentuk prototaip dilaksanakan selepas simulasi litar diperoleh. Daripada keputusan akhir, didapati kesan daripada pensuisan lembut penyongsang dengan masukan get isyarat pemodulatan lebar denyut dapat mengurangkan kehilangan dan seterusnya mengurangkan herotan dan harmonik pada keluaran.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 28 Mar 2023 06:15
Last Modified: 28 Mar 2023 06:15
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57589

Actions (login required)

View Item View Item
Share