Reka Bentuk Dan Implementasi Penyongsang Berkaskad Pelbagai Peringkat Bersuis Minimum Menggunakan Litar Pemampas Untuk Sistem PV

Mr, Tarmizi (2018) Reka Bentuk Dan Implementasi Penyongsang Berkaskad Pelbagai Peringkat Bersuis Minimum Menggunakan Litar Pemampas Untuk Sistem PV. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (444kB) | Preview

Abstract

Dalam sistem fotovoltaik (PV) penyongsang digunakan untuk menukarkan bekalan elektrik dari arus terus (A.T) ke arus ulang-alik (A.U). Penyongsang pelbagai peringkat dikelaskan dalam tiga jenis iaitu: Kapit-Diod, Pemuat-Terbang dan penyongsang berkaskad pelbagai peringkat. Sehingga kini, banyak pembangunan penyongsang berkaskad pelbagai peringkat telah dibangunkan seperti penyongsang MLI-DC Link, CMLI-MNS, MLI-SSPS, MLI-SCSS, penyongsang MLM, MLI-RV, MLI-2SELG dan CMLI-MNCS. Tetapi kebanyakan penyongsang ini menggunakan bilangan suis dan sumber dalam kuantiti yang besar untuk mendapatkan peringkat keluaran yang tinggi. Tujuan daripada penyelidikan ini ialah merekabentuk dan membangunkan penyongsang pelbagai peringkat serta empat penukar dorongan untuk implementasi pada PV banyak panel (sekurang-kurangnya 15 panel). Keluaran yang dirancang mengandungi nilai jumlah herotan harmonik (THD) rendah (di bawah 3%) dan kecekapan yang lebih tinggi (di atas 90%) pada beban rintangan dan induktif. Penyongsang pelbagai peringkat dalam penyelidikan ini ialah sebuah topologi baru iaitu penyongsang pelbagai peringkat menggunakan bilangan suis dan sumber dalam kuantiti yang rendah untuk mendapatkan peringkat yang lebih tingi. Topologi ini juga dibangunkan bersama litar pemuat pemampas untuk menghilangkan voltan runcing pada beban induktif. Topologi yang diperkenalkan boleh dipanggil sebagai penyongsang berkaskad pelbagai peringkat bersuis minimum menggunakan litar pemampas (MLIMS-CC). Litar topologi terdiri daripada penjanaan peringkat, titi-H, dan litar pemuat pemampas (CC). Sebanyak empat sumber A.T asimetri dan 8 peranti suis digunakan. Litar pemuat pemampas terdiri daripada 6 pemuat dan 6 geganti dan gabungan selari daripada capasitor pemampas mampu menghasilkan 63 nilai kapasitif. Nilai pemuat pemampas ditentukan oleh kuasa reaktif beban, menerusi sistem kawalan suapbalik. Topologi yang dibangunkan menghasilkan 31 peringkat gelombang output. Pada beban rintangan kuasa 600 watt kecekapan 97% dan nilai THDv =1.6%, THDi=1.7% diperolehi. Untuk beban induktif pada kuasa 619.8W kecekapan 94,3% dan nilai THDi=1.1%, THDv=1.8% diperolehi. Dalam aplikasi pada PV dan pengunaan penukar dorongan, nilai kecekapan keseluruhan terdapat sedikit penurunan kepada 95.7% pada beban rintangan dan 93.81% pada beban induktif. Litar pemuat pemampas yang dibangunkan boleh menghilangkan voltan runcing dan mengurangkan THDi daripada 14.5%, turun ke 9.3% dan THDv 20.6% turun ke 1.3% hasil ujikaji pada beban lampu kalimantang.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Thesis
Depositing User: Mr Engku Shahidil Engku Ab Rahman
Date Deposited: 18 Jan 2023 07:35
Last Modified: 18 Jan 2023 07:35
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/56397

Actions (login required)

View Item View Item
Share