Ahmad, Za’im
(2019)
Kerisauan Jenayah Dalam Konteks
Keselamatan Awam: Kajian Kes Di
Negeri Pulau Pinang.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Keselamatan awam merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan
hidup masyarakat di Malaysia. Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan oleh pihak
berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melestari keselamatan
awam. Aspek kerisauan jenayah dapat membentuk suasana selamat dan menghindari
rasa bimbang masyarakat terhadap jenayah. Kepesatan perbandaran dan pembangunan
ekonomi telah meletakkan Pulau Pinang sebagai salah satu negeri yang mencatatkan
indeks jenayah per kapita yang tinggi antara negeri-negeri di wilayah utara Malaysia.
Pada tahun 2013 dan 2014, Pulau Pinang merupakan negeri kelima di Malaysia yang
mencatatkan indeks jenayah yang tinggi. Secara turutan, kes tertinggi dilaporkan
berlaku di Daerah Seberang Perai Tengah, diikuti Daerah Timur Laut, Daerah
Seberang Perai Utara, Daerah Barat Daya dan Daerah Seberang Perai Selatan. Tujuan
kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kerisauan
jenayah dan menentukan ukuran indeks kerisauan jenayah dalam aspek keselamatan
awam di Pulau Pinang. Enam faktor utama yang dipertimbangkan adalah
penguatkuasaan jenayah, keselamatan awam, persekitaran fizikal, aktiviti devian,
trend jenayah dan kehadiran warga asing. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif
yang melibatkan pengedaran soal selidik seramai 400 orang responden dan pemilihan
saiz sampel dikira berdasarkan nisbah populasi penduduk bagi sesuatu daerah terhadap
keseluruhan populasi penduduk di Pulau Pinang. Hasil kajian menunjukkan wujud
kebergantungan masyarakat terhadap agensi keselamatan dalam pencegahan jenayah.
Faktor seperti trend jenayah, aktiviti devian dan kehadiran warga asing telah menyumbang kepada tahap kerisauan yang tinggi dalam kalangan responden. Indeks
kerisauan jenayah dengan skor 3.86 telah dihasilkan berdasarkan lima skala yang
digunakan. Ini menunjukkan bahawa tahap kerisauan terhadap jenayah dalam aspek
keselamatan awam di Pulau Pinang adalah tinggi.
Actions (login required)
|
View Item |