Perawatan Air Buangan Penyudah Logam Menggunakan Kaedah Fizik Dan Kimia

Radzi, Najwa Mohd (2007) Perawatan Air Buangan Penyudah Logam Menggunakan Kaedah Fizik Dan Kimia. Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (34MB) | Preview

Abstract

Air buangan penyudah logam yang dikaji bukan sahaja mempunyai kandungan logam berat melebihi had yang ditetapkan oleh Piawai B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-Efluen Perindustrian) 1979 malah mempunyai nilai keperluan oksigen kimia (COD) sangat tinggi iaitu melebihi 10,000 mg/L. Dalam kajian ini, proses perawatan air buangan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penyingkiran logam dan penurunan COD. Untuk bahagian pertama iaitu penyingkiran logam, agen penggumpalan dan pemendakan kimia seperti AI2(S04)3.18H20 (Alum), polialuminium klorida (PAC), CaCI2, CaCI2 bersama NaS03 dan natrium dimetilditiokarbamat (Namet) telah digunakan. Beberapa keadaan operasi seperti pH, dosej bahan kimia dan masa goncangan tindak balas penggumpalan dan pemendakan kimia ini telah dikaji. Setelah keadaan optimum diaplikasikan, semua tindak balas ini berjaya menyingkirkan logam antara 88.0 % hingga 99.0 %. Selepas penyingkiran logam menggunakan bahan penggumpal alum dan PAC, nilai COD masing-masing adalah 650 mg/L dan 900 mg/L. Manakala, selepas penyingkiran logam menggunakan bahan pemendak CaCI2, CaCI2 + NaS03 dan Namet, nilai COD masing-masing adalah 2810 mg/L, 2720 mg/L dan 4060 mg/L. Berdasarkan nilai COD ini, sampel yang dirawat oleh Alum dan PAC digunakan dalam kajian bahagian kedua.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QD Chemistry > QD1-999 Chemistry
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kimia (School of Chemical Sciences)
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 01 Nov 2022 01:45
Last Modified: 01 Nov 2022 01:45
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/55465

Actions (login required)

View Item View Item
Share