Gatanagayan, Thibbah A/p
(2021)
Keberkesanan Modul Kadimel Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Kosa Kata Pelajar Kolej Vokasional Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia..
Abstract
Syukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan saya kekuatan, ketabahan,
kesabaran dan kemampuan kesihatan yang baik sehingga berjaya sampai ke destinasi
terakhir dalam perjalanan intelek ini.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr.
Fadzilah bt Amzah selaku penyelia utama yang telah banyak memberi tunjuk ajar,
nasihat dan bimbingan tanpa jemu sehinggalah saya dapat menyelesaikan kajian ini.
Saya bersyukur kerana mendapat penyelia yang begitu komited membantu saya
dalam menyiapkan tesis dan membimbing saya untuk menjadi guru yang berkualiti
dan berdedikasi. Semoga penyelia dan keluarganya sentiasa dimurahkan rezeki dan
diberi kesejahteraan oleh Tuhan. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada
semua pensyarah yang terlibat sebagai panel penilaian tesis iaitu Dr. Siti Zuraidah
binti Md. Osman, Dr. Abdul Jalil Ali dan Profesor Madya Dr. Azidah binti Abu
Aziden dan Profesor Dr Hj Abdul Rasid Jamian yang banyak membantu dalam
menggariskan hala tuju dan kualiti penulisan kajian ini. Tidak lupa juga kepada
pensyarah statistik iaitu Dr. Noraida Yakob yang banyak memberikan bimbingan,
pertolongan dan turut menyumbang idea sepanjang tempoh penyelidikan ini. Segala
cadangan dan nasihat yang diberi sangat membantu dalam menyempurnakan kajian
ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Dekan, Timbalan Dekan, para pensyarah dan
staf Pusat Pengajian llmu Pendidikan (PPIP) yang sentiasa ceria dan menghulurkan
bantuan pada saat saya memerlukan. Terima kasih untuk semua.
Actions (login required)
|
View Item |