Arterial stiffness assessment in acute rheumatic fever; a pilot study

Hayati, Jaafar (2011) Arterial stiffness assessment in acute rheumatic fever; a pilot study. Masters thesis, Pusat Pengajian Sains Perubatan.

[img]
Preview
PDF
Download (545kB) | Preview

Abstract

Demam reumatik akut dan penyakit jantung reumatik terus menjadi agenda kesihatan yang utama di negara-negara membangun. Patogenesis kepada penyakit ini masih belum diketahui secara sah dan terperinci tetapi hipotesis yang semakin diterima ramai adalah teori 'molecular mimicry'. Berdasarkan kajian yang dijalankan sebelum ini, teori ini mengandaikan bahawa penyakit demam reumatik akut adalah disebabkan oleh tindakbalas sistem immuniti badan yang tidak normal kepada serangan jangkitan kuman 'streptococcus'. Tindakbalas immuniti badan ini seterusnya menyebabkan rantaian tindakbalas immuniti yang mengakibatkan randangan di dalam pelbagai organ badan dan menyebabkan manifestasi penyakit demam reumatik akut. Akhir-akhir ini, banyak kajian telah dilakukan untuk melihat factor-faktor risiko kepada ketegangan urat darah 'arterial stiffness' dikalangan kanak-kanak termasuklah factor penyakit radangan seperti penyakit 'Kawasaki'. Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa penyakit 'Kawasaki' boleh menyebabkan ketegangan urat darah. Kami mengandaikan bahawa penyakit demam reumatik akut juga boleh mengakibatkan kesan yang sama kerana penyakit demam reumatik akut juga melibatkan radangan sel endothelium urat darah. Dengan melihat kaitan antara ketegangan urat darah dan penyakit demam reumatik akut ini, kami boleh menjangkakan risiko pembentukkan aterosklerosis pramatang kerana ketegangan urat darah boleh menyebabkan fenomena ini. Menurut pengetahuan kami, tiada kajian sebelum ini yang melihat kaitan antara demam reumatik akut dan ketegangan urat darah.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Demam reumatik akut dan penyakit jantung reumatik terus menjadi agenda kesihatan yang utama di negara-negara membangun.
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Perubatan (School of Medical Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Husnan Budin
Date Deposited: 27 Sep 2022 07:20
Last Modified: 27 Sep 2022 07:20
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/54950

Actions (login required)

View Item View Item
Share