Faktor-Faktor Kejayaan Usahawan Khadijah Binti Khuwaylid R.Ah: Analisis Terhadap Kejayaan Usahawan Wanita Muslim Produk Kesihatan Di Malaysia

Yasin, Yusma Fariza (2021) Faktor-Faktor Kejayaan Usahawan Khadijah Binti Khuwaylid R.Ah: Analisis Terhadap Kejayaan Usahawan Wanita Muslim Produk Kesihatan Di Malaysia. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (495kB) | Preview

Abstract

Di Malaysia, masyarakat semakin sedar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Kesannya, ramai yang mengambil produk kesihatan sebagai cara untuk menjaga kesihatan. Sokongan terhadap produk kesihatan ini sekali gus memberi kesan terhadap pengasas produk kesihatan sehingga menjadikan mereka sebagai usahawan wanita Muslim yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Kejayaan mereka terbukti apabila mereka berjaya meraih keuntungan yang lumayan pada setiap bulan dan berjaya bertapak dalam bidang keusahawanan dalam tempoh melebihi lima tahun. Justeru, apakah faktor yang menjadikan usahawan wanita Muslim produk kesihatan di Malaysia berjaya dalam bidang keusahawanan? Adakah usahawan wanita Muslim hanya fokus kepada keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kandungan sebenar dalam produk kesihatan yang dijual? Adakah kejayaan yang dikecapi oleh usahawan wanita Muslim dalam produk kesihatan turut merangkumi kejayaan dunia dan akhirat? Sebenarnya, penglibatan wanita dalam aktiviti keusahawanan bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi apabila isteri Baginda, Khadijah binti Khuwaylid r.ah melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Khadijah binti Khuwaylid r.ah merupakan satu-satunya wanita Mekah yang menceburi bidang keusahawanan dan beroleh kejayaan pada ketika itu. Persoalannya, apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan Khadijah binti Khuwaylid r.ah?

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-253 Islam
Divisions: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 27 Jun 2022 06:43
Last Modified: 27 Jun 2022 06:43
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/53110

Actions (login required)

View Item View Item
Share