Investigation Of Edge Detection Techniques Based On Coronary Angiography Images

Basaier, Jialade (2017) Investigation Of Edge Detection Techniques Based On Coronary Angiography Images. Project Report. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (6MB) | Preview

Abstract

Kerapkali, imej perubatan X-ray yang berkualiti rendah disebabkan jumlah rasuk unjuran yang digunakan untuk membentuk imej tersebut adalah rendah. Rasuk unjuran minima digunakan untuk mengurangkan kerosakan kepada badan pesakit. Angiografi adalah kelas penting dalam pengimejan perubatan. Imej tersebut diperolehi dengan menggunakan teknik X-ray selepas ejen perbezaan disuntik ke dalam saluran darah pesakit. Angiografi koronari adalah sejenis imej angiografi yang kritikal dan ia boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit serius yang berkaitan jantung dan arteri. Walau bagaimanapun, kebanyakan imej angiografi mengalami masalah pencahayaan bukan seragam dan hingar yang menyebabkan doktor sukar membuat diagnosis yang tepat. Oleh, pemprosesan angiogram adalah diperlukan untuk menghasilkan imej yang lebih jelas untuk doktor menghasilkan diagnosis yang lebih tepat dalam masa yang lebih singkat. Dalam projek ini, pertamanya, angiogram dipertingkatkan menggunakan penyamaan histogram. Kemudian, lima teknik pengesanan pinggir termasuk Roberts cross, Prewitt, Sobel, Canny dan pembaikan algoritma Sobel telah dilaksanakan. Tujuan utama adalah untuk menghasilkan imej jelas menunjukkan garisan saluran darah dan operator Sobel didapati algoritma paling sesuai untuk menganalisa imej angiografi koronari berdasarkan penilaian kuantitatif dan kualitatif.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
T Technology > TK Electrical Engineering. Electronics. Nuclear Engineering
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraaan Elektrik & Elektronik (School of Electrical & Electronic Engineering) > Monograph
Depositing User: Mr Mohamed Yunus Mat Yusof
Date Deposited: 25 Jun 2022 07:55
Last Modified: 25 Jun 2022 07:55
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/53070

Actions (login required)

View Item View Item
Share