Pembangunan Model Pemikiran Kritis Remaja Muslim Untuk Kurikulum Pendidikan Islam

Yahya, Rizaman (2021) Pembangunan Model Pemikiran Kritis Remaja Muslim Untuk Kurikulum Pendidikan Islam. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (305kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Pemikiran Kritis Remaja Muslim Berasaskan Kurikulum Pendidikan Islam. Metodologi kajian ini menggunakan kajian Reka Bentuk Dan Pembangunan atau Design And Development Research (DDR), Richey dan Klien (2007). Kajian ini melibatkan tiga fasa utama iaitu i) fasa analisis keperluan, ii) fasa reka bentuk dan pembangunan iii) fasa penilaian. Model kurikulum Tyler (1949), pandangan pemikiran Ibn Khaldun (1332- 1406) dan pandangan pembangunan modal insan Al-Ghazali (1058-1111) telah dijadikan sebagai asas utama tunjang kajian. Objektif fasa pertama atau fasa analisis keperluan dijalankan bagi mengenal pasti keperluan pembangunan model pemikiran kritis remaja Muslim berasaskan kurikulum Pendidikan Islam melalui persepsi pengguna. Justeru, kajian tinjauan diaplikasikan dengan satu set soal selidik diedarkan kepada 370 orang guru Pendidikan Islam di seluruh Malaysia. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 21 merujuk kepada data situasi masa kini dan jangkaan masa depan dengan menggunakan statistik deskriptif. Fasa kedua merupakan fasa reka bentuk dan pembangunan dengan tumpuan kajian keseluruhannya menjurus terhadap keputusan pakar. Bagi mendapatkan data, kaedah temu bual dijalankan ke atas lima orang pakar dalam bidang pemikiran kritis dan dianalisis dengan menggunakan Perisian Qualitative Data Analysis ALTAS ti versi 8 bagi melabelkan kod dan tema.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 24 May 2022 07:31
Last Modified: 24 May 2022 07:31
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52576

Actions (login required)

View Item View Item
Share