Kajian Nisan Plak Pleng Di Tapak Lamreh, Aceh Besar Indonesia: Analisis Taburan, Bentuk, Pola Hias Dan Bahan Asas

Noval, Muhammad (2020) Kajian Nisan Plak Pleng Di Tapak Lamreh, Aceh Besar Indonesia: Analisis Taburan, Bentuk, Pola Hias Dan Bahan Asas. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (815kB) | Preview

Abstract

Kajian peringkat sarjana ini berfokus kepada bukti nisan di tapak Lamreh, Aceh, Indonesia. Hasil survei dan pemetaan pada 2016-2018 telah merekodkan sejumlah 282 batu nisan Aceh di tapak ini dan 58 (18%) daripadanya ialah jenis Plak Pleng. Tesis ini akan berfokus hanya kepada bukti batu nisan Plak Pleng dengan tujuan untuk mengetahui taburan dan kuantitinya, di samping merekodkan bukti bentuk, biografi dan tarikh kematian, ragam hias dan inskripsi, bahan mentah dan akhirnya menghasilkan satu klasifikasi khas untuk batu nisan jenis ini. Oleh kerana itu kaedah utama untuk mendapatkan data primer adalah survei dan pemetaan di seluruh tapak Lamreh yang melibatkan keluasan 39 hektar. Untuk melengkapkan tujuan, kajian juga melibatkan kaedah dokumentasi, temu bual, dan analisis saintifik X-Ray Difraction, X-Ray Fluorescence dan Petrografi. Hasilnya, ditemui sebanyak 26 (45 %) daripadanya berkedudukan masih in-situ iaitu masih tertanam di dalam tanah. Sebanyak 22 (75.8 %) daripada keseluruhan nisan Plak Pleng masih ditemui dalam keadaan berpasangan. Selain itu, kajian ini juga merekodkan 17 (29.3 %) nisan mempunyai inskripsi jenis khat naskhi dan khat tsulus. Hasil bacaan inskripsi berjaya menjumpai tujuh buah nisan mempunyai rekod biografi nama dan tarikh kematian, iaitu seorang sultan bernama Sultan Muhammad ‘Alawuddin, lima orang pegawai pemerintah serta seorang ketua agama yang mewakili sebuah kerajaan pada awal kurun ke-15 Masihi (1419 - 1449 Masihi). Kajian juga menemui sembilan ragam hias terdiri dari bunga teratai, bunga awan setangkai, sulur pokok, bunga bentuk berudu, bunga putar tali, bunga empat kelopak,bunga sudut, bunga rebung dan bunga matahari.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CC Archaeology > CC1-960 Archaeology
Divisions: Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Thesis
Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (Centre for Global Archaeological Research) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 08 May 2022 13:58
Last Modified: 08 May 2022 13:58
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52467

Actions (login required)

View Item View Item
Share