Kajian Batu Nisan Aceh Di Tapak Lamreh, Aceh Besar, Sumatera, Indonesia

Saryulis, (2020) Kajian Batu Nisan Aceh Di Tapak Lamreh, Aceh Besar, Sumatera, Indonesia. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (792kB) | Preview

Abstract

Tapak Lamreh terletak di daerah Mesjid Raya, Aceh Besar, Sumatera, Indonesia, di koordinat 05° 36’ 381” Utara dan 095° 31’ 566” Timur. Tujuan kajian ialah untuk menentukan bilangan, taburan, klasifikasi, epigrafi, stratifikasi sosial dan jenis batuan batu nisan Aceh di tapak ini. Oleh kerana itu, kajian ini melibatkan kaedah survei dan pemetaan di lapangan untuk mendapatkan data primer di samping kerja makmal dan kajian literatur. Hasil kajian 2014 - 2018 telah berjaya merekodkan 282 buah batu nisan Aceh pada keluasan 88.6 hektar. Ianya terdiri daripada jenis pipih (128), blok (152) dan silinder (2). Klasifikasi terperinci mendapati bahawa terdapat tambahan 7 jenis pipih dan 5 jenis blok ke dalam klasifikasi Suprayitno (2010). Sebanyak 41 nisan direkodkan mempunyai inskripsi pentarikhan iaitu 1007 hingga 1503 Masihi

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation
Divisions: Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (Centre for Global Archaeological Research) > Thesis
Depositing User: Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim
Date Deposited: 28 Apr 2022 05:24
Last Modified: 28 Apr 2022 05:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52440

Actions (login required)

View Item View Item
Share