Ali, Rosnah
(2020)
Komunikasi Guru Agama Berasaskan Pemikiran Al-Ghazali Di Asrama Akhlak Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat dan meneroka sejauh mana komunikasi guru agama berasaskan pemikiran al-Ghazali di Asrama Akhlak Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Fokus kajian ini adalah berasaskan pemikiran yang diketengahkan oleh al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumiddin melalui tiga aspek komunikasi iaitu kesantunan bahasa, contoh teladan dan penguasaan kaedah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru agama dalam usaha untuk meningkatkan kualiti komunikasi guru ketika pengajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mana temubual separa berstruktur sebagai data utama dan data pemerhatian tanpa penyertaan serta analisis dokumen sebagai data sokongan.
Actions (login required)
|
View Item |