Suatu Penilaian Aspek-Aspek Reka Bentuk Rumah Teres Kos Rendah Perumahan Kerajaan Negeri Kelantan Dari Perspektif Islam

Mahmood, Nik Ab. Aziz Nik (2009) Suatu Penilaian Aspek-Aspek Reka Bentuk Rumah Teres Kos Rendah Perumahan Kerajaan Negeri Kelantan Dari Perspektif Islam. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (15MB) | Preview

Abstract

Rumah memainkan peranan penting dalam kehidupan keluarga Muslim. Reka bentuknya hendaklah dapat membantu penghuninya melaksanakan pengamalan Islam seterusnya menjurus kepada hala tuju matlamat kehidupan manusia iaitu memperolehi kejayaan (Al-falah) di dunia dan akhirat. Idea kajian ini bermula dengan isu rumah tiga bilik tidur (dengan bilik mandi dan tandas berasingan) sewajamya menjadi sebagai suatu penyelesaian kepada keluarga Muslim bagi menggantikan pembinaan rumah dua bilik tidur sedia ada. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan menilai pembangunan terkini rumah teres kos rendah (RAKR) Kerajaan Negeri Kelantan berasaskan pematuhan reka bentuknya menurut syariah Islam. Teknik soal selidik dan pemerhatian digunakan untuk mengumpul data-data yang diperlukan. Berasaskan kajian literatur, dua kaedah penilaian dapat didefinisikan untuk kajian ini iaitu: (1) Ruang dalaman melibatkan bilik tidur, ruang tamu, dapur, bilik mandi dan tandas; (2) Faktor reka bentuk melibatkan ketauhidan, keperluan dan kemampuan, sosial dan budaya, mesra alam dan kesihatan. Lima buah kawasan perumahan RAKR yang terlibat dalam bancian kajian ini iaitu RAKR Semut Api II, RAKR Bunut Susu, RAKR Gunung, RAKR Dangar II dan RAKR Gua Musang 11. Data yang telah dikumpulkan kemudiaannya dianalisis menggunakan kaedah deskriptif statistik. Nilai frekuensi, peratus, peratus valid dan peratus kumulatif digunakan dalam pembentukan graf penilaian. Lima aras pematuhan yang digunakan ialah sangat tidak baik, tidak baik, tiada komen, baik dan sangat baik. Penemuan kajian mendapati bahawa pematuhan ke atas reka bentuk rumah Islamik hanya pada tahap ‘Baik’. Ia menunjukkan bahawa reka bentuk rumah RAKR telah menjurus kepada reka bentuk Islamik tetapi masih belum mencapai tahap sangat baik. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti dan cadangan garis panduan reka bentuk serta konsep prototaip dikemukakan bagi tujuan penambahbaikan ke atas reka bentuk rumah teres pada masa hadapan. Cadangan kajian lanjut juga dikemukakan bagi mengembangkan lagi ilmu dalam bidang kajian ini.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1-9745 Building construction
Divisions: Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 06 Apr 2022 06:34
Last Modified: 06 Apr 2022 06:34
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52209

Actions (login required)

View Item View Item
Share