Kesan Pendekatan Pembelajaran Stem Secara Teradun Terhadap Pencapaian Topik Daya Dan Gerakan Dan Persekitaran Pembelajaran Sains Dalam Kalangan Murid Tingkatan Dua

Bahrum, Noor Baizura (2021) Kesan Pendekatan Pembelajaran Stem Secara Teradun Terhadap Pencapaian Topik Daya Dan Gerakan Dan Persekitaran Pembelajaran Sains Dalam Kalangan Murid Tingkatan Dua. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (752kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan pembelajaran STEM secara teradun melalui Modul Pendekatan Pembelajaran STEM Secara Teradun terhadap pencapaian dalam topik Daya dan Gerakan serta persekitaran pembelajaran sains dalam kalangan murid Tingkatan Dua. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan pembelajaran STEM secara teradun ke atas dua kumpulan murid yang melibatkan murid berkebolehan rendah dan murid berkebolehan sederhana. Kajian ini juga cuba menentukan sama ada kesan pendekatan pembelajaran STEM secara teradun ke atas ujian pencapaian dan persekitaran pembelajaran sains adalah lebih tinggi pada murid berkebolehan rendah atau pada murid berkebolehan sederhana atau sama ada kesannya adalah sama untuk kedua-dua kumpulan. Kajian ini turut mengkaji sama ada terdapat perbezaan antara konstruk persekitaran pembelajaran sains iaitu pengalaman peribadi, ketidakpastian, suara kritis, kawalan sepunya dan perundingan murid terhadap murid berkebolehan rendah dan murid berkebolehan sederhana. Reka bentuk kajian pra-eksperimen berbentuk ujian pra, ujian pasca dan ujian pasca lanjutan digunakan dalam kajian ini. Kajian ini turut membincangkan pembinaan Modul Pendekatan Pembelajaran STEM Secara Teradun berdasarkan reka bentuk pengajaran Model Kemp yang terdiri daripada sembilan elemen reka bentuk.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 05 Apr 2022 07:58
Last Modified: 05 Apr 2022 07:58
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52191

Actions (login required)

View Item View Item
Share