Perkembangan Sektor Perniagaan Di Pusat Bandar Kulim - Satu Kajian Untuk Meninjau Pembanguan Bandar Kulim

Gui, Yiak Seng (1986) Perkembangan Sektor Perniagaan Di Pusat Bandar Kulim - Satu Kajian Untuk Meninjau Pembanguan Bandar Kulim. Project Report. Universiti Sains Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (4MB) | Preview

Abstract

Sejak 1948, proses perbandaran nasional telah dipertingkatkan akibat berlakunya Darurat dan kemudiannya bertujuan menyerap sebahagian besar daripada penduduk yang berpindah ke kawasan bandar. Dengan perlaksanaan Rancangan-Rancangan Malaysia amnya dan Dasar Ekonomi Baru khasnya, strategi perbandaran yang dijalankan lebih bertujuan untuk mencapai matlamat DEB, iaitu penyusunan semula masyarakat melalui pertumbuhan aktiviti-aktiviti bandar yang lebih pesat dan seimbang serta menggalakkan penglibatan kaum Bumiputra dalam sektor perdagangan dan perindustrian. Adalah satu realiti bahawa proses perbandaran negara ini adalah tidak seimbang di mana adanya kecenderungan daripada bandar-bandar besar dan baru untuk menguasai perkembangan, sehingga bandar-bandar kecil sukar untuk berkembang. Akan tetapi, usaha-usaha dalam membangunkan kedua-dua bandar besar dan bandar baru tidak pula bebas daripada masalah-masalah yang tertentu hingga menyebabkan sebahagian dari matlamat yang ditetapkan tidak teroapai. Memandangkan pencapaian matlamatnya yang kurang memuaskan disertai pula kesedaran bahawa pusat-pusat bandar dapat memainkan peranan penting dalam mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan wilayah, perhatian telah dialihkan kepada bandar-bandar kecil yang sedia ada. Keinginan serta usaha kerajaan dalam membangunkan bandar-bandar kecil memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, adanya kesan-kesan yang menunjukkan bahawa pembangunan yang dialami oleh bandar-bandar kecil adalah perlahan, jauh daripada apa yang dihajatkan oleh kerajaan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: T Technology
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Monograph
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 23 Mar 2022 07:48
Last Modified: 23 Mar 2022 07:48
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52027

Actions (login required)

View Item View Item
Share