Disaster relief and preparedness: coping with psychological distress among workers involved In flood disaster in Kelantan

Yasin, Mohd Azhar Mohd (2017) Disaster relief and preparedness: coping with psychological distress among workers involved In flood disaster in Kelantan. Disaster relief and preparedness: coping with psychological distress among workers involved In flood disaster in Kelantan.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (452kB) | Preview

Abstract

Banjir yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia dari 15 Disember 2014 hingga 3 Januari 2015 telah dianggap sebagai bencana banjir yang paling teruk di negara ini. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kekerapan tekanan psikologi dan mengenalpasti faktor-faktor penentu terjadinya tekanan psikologi termasuklah strategi penyesuaian (coping strategy) dalam kalangan pekerja perubatan dan penyelamat di Kelantan. Kajian ini di laksanakan 6 bulan selepas bencana banjir dan melibatkan 160 pekerja perubatan (kakitangan Hospital Kuala Krai) dan 160 pekerja penyelamat (Bomba dan JPAM) yang bertugas semasa bencana banjir lalu. Borang soal selidik, 'Impact Event Scale-Revised (IES-R)' dan 'Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS-21 )' digunakan untuk mengenalpasti tekanan psikologi, manakala Brief-COPE digunakan untuk mengenalpasti jenis strategi penyesuaian. Data yang diperolehi dianallsis menggunakan kaedah multiple regresi logistic di dalam program SPSS versi 22. Secara kesimpulan, pekerja perubatan dan penyelamat yang terlibat dalam tugas bantuan sewaktu bencana banjir didapati berisiko tingi untuk mendapat tekanan psikologi terutamanya kerisauan dan PTSD. Kekerapan mengalamai tekanan psikologi ini berkaitan dengan faktor sosio-demografik, pengalaman sewaktu banjir dan juga kebiasaan menggunakan strategi penyesuaian tertentu. Dapatan dari kajian ini antaranya menyokong kepada keperluan latihan pertolongan cemas psikologi (psyhological first aid) kepada pekerja perubatan dan penyelamat yang berisiko tinggi untuk mengalami tekanan psikologi akibat bencana.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Flood
Subjects: R Medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Article
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 20 Mar 2022 08:13
Last Modified: 20 Mar 2022 08:13
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/51983

Actions (login required)

View Item View Item
Share