Bakar, Khairul Firdaus Abu
(2021)
Analisis Pelaksanaan Sulh
Di Mahkamah Syariah
Negeri Kedah.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Sulh adalah salah satu kaedah penyelesaian pertikaian yang ditawarkan oleh Mahkamah Syariah Negeri Kedah. Kaedah ini digunakan untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan tuntutan hak-hak selepas perceraian. Antara isu yang wujud dalam perlaksanaan kaedah ÎulÍ di negeri Kedah ialah bagaimana ÎulÍ diaplikasikan di Mahkamah Syariah Negeri Kedah menerusi terma-terma sulh yang menjadi persilisihan di kalangan fuqaha. Selain itu, terdapat juga dakwaan bahawa masih terdapat kes sulh yang mengurus pertikaian suami dan isteri berkaitan tuntutan selepas perceraian tidak dapat diselesaikan dengan baik seterusnya mengakibatkan tuntutan tersebut tertangguh prosidingnya. Berdasarkan permasalahan di atas, kajian ini dilakukan untuk mencapai beberapa objektif iaitu, mengkaji konsep sulh menurut syarak, menjelaskan keberkesanan pelaksanaan sulh di Mahkamah Syariah Negeri Kedah dan mengenalpasti faktor kelewatan untuk penyelesaian kes sulh di Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Untuk mendapatkan data, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan lapangan. Kaedah kepustakaan digunakan dengan merujuk kepada bahan-bahan bercetak dan tidak bercetak yang releven dengan tajuk kajian. Dalam kajian lapangan kaedah temubual dengan beberapa pihak yang berkaitan secara ‘purposive sampling’ digunakan. Data-data yang dikumpul dianalisis berdasarkan kaedah analisis teks dan kualitatif secara induktif, deduktif dam komparatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sulh telah digunakan sebagai proses pra perbicaraan bagi menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul dalam perkara yang berhubung dengan perkahwinan dan perceraian. Penggunaan terma dijadikan sebagai asas pelaksanaan sulh di Mahkamah Syariah Negeri Kedah. Hasilnya wujud keberkesanan pelaksanaan sulh ini sebagai salah satu kaedah menyelesaikan pertikaian yang berhubung dengan isu perkahwinan. Manakala bagi isu tempoh masa yang panjang, kajian ini mendapati antaranya berpunca dari sikap pihak yang bertikai sendiri selain beberapa faktor birokrasi yang perlu diperbaiki.
Actions (login required)
|
View Item |