Penentu Pembayaran Zakat Pendapatan Di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Di Jakarta, Indonesia

Doktoralina, Caturida Meiwanto (2021) Penentu Pembayaran Zakat Pendapatan Di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Di Jakarta, Indonesia. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (533kB) | Preview

Abstract

Potensi perolehan kutipan zakat di Indonesia masih belum optimum. Peningkatan kutipan zakat oleh institusi zakat masih belum sepenuhnya melibatkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di Indonesia. Justeru selain individu yang berpengetahuan, pensyarah bersijil pendidik (PBP) sepatutnya lebih memahami faktor keagamaan, terutamanya dalam perkara yang wajib seperti zakat. Selain itu, PBP juga menerima insentif wang daripada pemerintah setara dengan gaji pegawai pemerintah setiap bulan. Apatah lagi, tidak banyak kajian atas faktor-faktor yang mempengaruhi Pembayaran Zakat (PZ) di IPTS Jakarta dengan menggunakan konstruk Pendapatan (PD), Insentif Pensijilan (INs) dan Kepatuhan Agama (KPA) berdasarkan perspektif Islam. Kajian ini menumpukan kepada tiga objektif. Pertama, mengenal pasti konsep PZ dalam kalangan PBP yang bekerja di IPTS di Jakarta, Indonesia. Kedua, menganalisis faktor-faktor PZ dalam kalangan PBP yang bekerja di IPTS di Jakarta, Indonesia. Ketiga, merumuskan faktor-faktor PZ dalam kalangan PBP yang bekerja di IPTS di Jakarta, Indonesia. Ketiga-tiga objektif kajian ini dicapai dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui reka bentuk penjelasan dan deskriptif. Bagi mengumpulkan data kajian, pengkaji menggunakan kaedah kajian dokumen, temu bual dan pengedaran soal selidik. Dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan, data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan AMOS Version 25. Soal selidik yang telah disahkan oleh enam orang pakar, kemudiannya diedarkan kepada 450 orang responden PBP dan seramai 361 yang layak dianalisis.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 08 Mar 2022 06:34
Last Modified: 08 Mar 2022 06:34
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/51836

Actions (login required)

View Item View Item
Share