Kwek, Teik Huat
(2000)
Kajian Kualiti Air Di Kawsan
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).
Project Report.
Universiti Sains Malaysia.
(Submitted)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat kualiti air di kawasan Rancangan Pengairan Muda
secaIa amnya. Dalam kajian, kualiti air akan dilihat dj kawasan yang digunakan untuk
pertanian dan kawasan tadahan air yang membekalkan air kepada sistem pengairan
pertanjan tadi. Jadi ia akan melibatkan penilajan kc atas air di dalam sungaj dan
empangan‘
Matlamat utama kajian ialah mengkaji dan mengemaskinikan data kualiti air di MADA
supaya mempunyai maklumat terkini kualiti air kawasan berkenaan. Maklumat terkini
kualiti air terutama selepas 1990-an dapat memberi satu gambaran yang lebih
menyeluruh kepada pengkaji dan orang ramaj supaya menjadi asas kepada kajian
lanjutan.
Proses kajian ini lebih kepada pengumpulan data yang dikaji oleh MADA sendiri.
Pengumpulan data yang diperlukan dijalankan dj Ibu Pejabat MADA bermula bulan Mac
hingga Mei1999. Data yang dikumpul melibatkan 19 stesen persampelan yang berada di
merata—rata tempat di Kawasan Pengairan Muda. Parameter yang dikaji oleh MADA
ialah kekeruhan, endapan, pH, kekonduksian, BOD, COD, Nitrogen Ammonia, Nitrogen
Alulminoid, Sulcros, Klorida, Jumlah Pepejal, Arsenik, racun serangga dan racun rumpai.
Dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengetahui kandungan bahan pencemar dalam
air mengikut kawasan yang berlainan seterusnya mendapati adakah air itu sesuai untuk kegunaannya atau tidak. Kualiti air di MADA akan dikaitkan dengan elemen sosioekonomi
dan faktor yang mempengamhinyakualiti air sepem' dasaI kerajaan dan aktiviti
manusia.
Pada keseluruhannya parameter-parameter kualiti air yang dikesan menunjukkan kualiti
dj sistem pengairan MADA. Kegunaan air di MADA ini bukan sahaja lmtuk pertanian,
malah untuk kegunaan domestik, minuman dan perindustn'an. Parameter yang dikesan di
MADA menunjukkan terdapat bahan pencemartetapi dapat terkawal. Memandangkan air
amat penting untuk manusia dan perlunya mewujudkan sétu alam sekitar yang bersih,
cadangan—cadangan boleh dikemukakan selepas mengetahuj punca pencemaran air di
kawasan kajian ini.
Actions (login required)
|
View Item |