Autonomi guru dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD): persepsi guru terhadap pemansuhan peperiksanaan tahap 1 di Sekolah Kebangsaan

Isa, Anniliza Mohd and Mydin, Al-Amin and Abdullah, Abdul Ghani Kanesan (2021) Autonomi guru dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD): persepsi guru terhadap pemansuhan peperiksanaan tahap 1 di Sekolah Kebangsaan. In: Persekitaran Pengurusan dalam Pembangunan Sosial dan Pendidikan. Kaizentrenovation Sdn Bhd, Tanjung Malim, Perak, Malaysia, pp. 6-15. ISBN 9789672892007

[img]
Preview
PDF
Download (515kB) | Preview

Abstract

Pentaksiran bilik darjah memerlukan guru menumpukan autonominya secara optimum dalam pentaksiran tanpa perlu diganggu oleh lain-lain bentuk penilaian terutamanya dalam kalangan guru tahap 1 di sekolah rendah di Malaysia. Tiga objektif kajian ditetapkan iaitu mengenalpasti samada guru masih menjalankan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun untuk murid tahap 1 di sekolah, mengenalpasti sokongan terhadap pemansuhan peperiksaan untuk murid tahap 1 dan mengenalpasti peningkatan autonomi dalam PBD. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan kaedah tinjauan sebagai teknik kutipan data dijalankan menggunakan instrumen soal selidik atas talian. Seramai 662 orang guru yang mengajar di tahap 1 telah dipilih secara rawak berstrata sebagai responden. Data kemudian dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 25 secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan guru merasakan peningkatan autonomi dalam PBD serta menyokong pemansuhan peperiksaan untuk murid tahap 1. Namun begitu majoriti guru masih menjalankan peperiksaan sebagai sebahagian dari pentaksiran.

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa) > LG396.5 Universiti Sains Malaysia
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Book Section/Chapter
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 29 Nov 2021 01:34
Last Modified: 29 Nov 2021 01:34
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/50773

Actions (login required)

View Item View Item
Share