Students' Learning Style of School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia

Barman, Arunodaya (2008) Students' Learning Style of School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia. Universiti Sains Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Stail pembelajaran ditakrifkan sebagai, bagaimana seseorang menyedari, berhubungan dengan, dan berttindakbalas terhadap persekitaran pembelajaran (Keefe, 1979). Oleh kerana stail pembelajaran berbeza bagi setiap individu, terdapat kemungkinan perbezaan stail pembelajaran yang besar antara satu sama lain walaupun didalam kumpulan yang spesifik. Mengetahui stail pembelajaran pelajar boleh membantu pengajar membentuk situasi pembelajaran yang bersesuaian (Amin, 2000). Jadi adalah penting untuk mengenalpasti stail pembelajaran pelajar-pelajar untuk merangka kaedah pengajaran yang lebih berkesan untuk pelajar. Metodologi Inventori stail pembelajaran V ARK digunakan untuk mengkaji stail pembelajaran. Kesemua 988 orang penuntut perubatan tahun 1 hingga tahun 5 adalah populasi kajian. Tujuh puluh dua peratus daripada mereka memberikan maklumbalas kepada inventori stail pembelajaran tersebut. Keputusan Daripada 713 responden, 510 daripadanya mernilih satu, 148(20.76%) memilih dua, 54 (7.57%) memilih tiga dan 1 (.1 0%) mernillih empat stail pembelajaran. Majoriti pelajar melayu (24.8%) memilih stail pembelajaran membaca/menulis manakala china (26.1 %) dan India (40.0%) memilih stail pembelajaran kinestetik. Peratus tertinggi (24.6%) responden perempuan memilih stail pembelajaran membaca/menulis manakala responden ·Ielaki (25.4%) memilih stail pembelajaran kinestetik. Perbincangan dan kesimpulan Kepelbagaian pemilihan stail pembelajaran pelajar-pelajar adalah merupakan satu cabaran kepada tenaga pengajar bagi menemui keperluan pendidikan kesemua pelajar. Pencapaian pelajar dipengaruhi oleh adaptasi stail pembelajaran tenaga pengajar. Tiga puluh peratus daripada pelajar adalah multimodal. Mereka mungkin berkebolehan bela jar apa-apa cara pembelajaran yang digunakan. Sebahagian besar pelajar-pelajar telah dikenalpasti sebagai mernilih satu stail pembelajaran. Perhatian harus diambil untuk kumpulan pelajar ini apabila menyediakan bahan-bahan pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Hasil kajian ini akan digunakan oleh penasihat akademik apabila membincangkan keputusan kegagalan mentee mereka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Persekitaran pembelajaran
Subjects: R Medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Perubatan (School of Medical Sciences) > Pusat Genom Manusia (Human Genome Centre) > Article
Depositing User: Mr Husnan Budin
Date Deposited: 18 Oct 2021 03:52
Last Modified: 21 Oct 2021 04:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/50303

Actions (login required)

View Item View Item
Share