Keberkesanan Pelaksanaan Program Kumpulan Nelayan Wanita (Kunita): Satu Kajian Kes Di Terengganu

Musa, Mohamad Sahizam (2018) Keberkesanan Pelaksanaan Program Kumpulan Nelayan Wanita (Kunita): Satu Kajian Kes Di Terengganu. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (728kB) | Preview

Abstract

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai dasar pembangunan bertujuan untuk menangani isu kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat termasuklah komuniti nelayan. Kerajaan menyedari wanita berpotensi membawa perubahan positif kepada keluarga nelayan miskin dengan cara menjana pendapatan tambahan keluarga. Sehubungan itu, Program Kumpulan Nelayan Wanita (KUNITA) ditubuhkan pada 1983 dan dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM) lebih 30 tahun. Kajian ini dilakukan bagi mengkaji tahap prestasi bantuan kerajaan dan juga tahap keberkesanan pelaksanaan Program KUNITA serta kesannya terhadap ahlinya di Terengganu. Keberkesanan pelaksanaan Program KUNITA dijadikan pemboleh ubah bersandar dan ia dibentuk daripada elemen Logic Model yang terpilih iaitu pendirian, kesedaran, motivasi, kemahiran dan pengetahuan. Kajian ini menggunakan Kaedah Kombinasi sebagai kaedah analisisnya. Secara metodologinya, kajian ini bermula dengan kaedah kuantitatif berasaskan tinjauan soal selidik yang melibatkan 114 responden dan kemudiannya, disusuli dengan kaedah kualitatif yang berasaskan temu bual secara mendalam melibatkan 27 responden. Kajian mendapati bantuan kerajaan iaitu penganjuran kursus, bantuan bengkel perusahaan, bantuan peralatan perusahaan dan khidmat nasihat mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkesanan pelaksanaan Program KUNITA. Selain itu, prestasi bantuan-bantuan kerajaan ini turut didapati berada di tahap sederhana.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: R Medicine > R Medicine (General) > R5-130.5 General works
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Perubatan (School of Medical Sciences) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 08 Oct 2021 07:03
Last Modified: 08 Oct 2021 07:03
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/50199

Actions (login required)

View Item View Item
Share