Musa, Mohamad Sahizam
(2018)
Keberkesanan Pelaksanaan Program
Kumpulan Nelayan Wanita (Kunita):
Satu Kajian Kes Di Terengganu.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai dasar pembangunan
bertujuan untuk menangani isu kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat
termasuklah komuniti nelayan. Kerajaan menyedari wanita berpotensi membawa
perubahan positif kepada keluarga nelayan miskin dengan cara menjana pendapatan
tambahan keluarga. Sehubungan itu, Program Kumpulan Nelayan Wanita (KUNITA)
ditubuhkan pada 1983 dan dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Perikanan
Malaysia (LKIM) lebih 30 tahun. Kajian ini dilakukan bagi mengkaji tahap prestasi
bantuan kerajaan dan juga tahap keberkesanan pelaksanaan Program KUNITA serta
kesannya terhadap ahlinya di Terengganu. Keberkesanan pelaksanaan Program
KUNITA dijadikan pemboleh ubah bersandar dan ia dibentuk daripada elemen Logic
Model yang terpilih iaitu pendirian, kesedaran, motivasi, kemahiran dan
pengetahuan. Kajian ini menggunakan Kaedah Kombinasi sebagai kaedah
analisisnya. Secara metodologinya, kajian ini bermula dengan kaedah kuantitatif
berasaskan tinjauan soal selidik yang melibatkan 114 responden dan kemudiannya,
disusuli dengan kaedah kualitatif yang berasaskan temu bual secara mendalam
melibatkan 27 responden. Kajian mendapati bantuan kerajaan iaitu penganjuran
kursus, bantuan bengkel perusahaan, bantuan peralatan perusahaan dan khidmat
nasihat mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkesanan pelaksanaan
Program KUNITA. Selain itu, prestasi bantuan-bantuan kerajaan ini turut didapati
berada di tahap sederhana.
Actions (login required)
|
View Item |