Subri, Shafilla
(2018)
Keberkesanan Program Reka Bentuk
Animasi 3 Dimensi (3d) Di Institusi
Pengajian Tinggi Malaysia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Industri animasi di Malaysia dianggarkan kira-kira berjumlah sebanyak 114
buah syarikat berstatus MSC Malaysia yang terlibat dalam sub-sektor animasi.
Prospek industri animasi kreatif tempatan merupakan salah satu produk yang
diketengahkan dalam menjana punca pendapatan Negara. Program pengajian animasi
3 dimensi (3D) merupakan satu bidang yang baru dan dapat menarik minat ramai
pelajar sama ada di peringkat pengajian tinggi, vokasional dan juga sekolah.
Permasalah utama kajian ini ialah kajian lepasan hanya secara individual yang hanya
melihat kepada kebolehpasaran dan pembelajaran secara berasingan. Tiada kajian
menyeluruh didalam satu kerangka mengenai keberkesanan dari segi reaksi,
pembelajaran, sikap dan hasil keseluruhan terhadap program 3D animasi di institusi
pengajian tinggi. Elemen dinilai melalui empat sudut pandangan perspektif pihak
berkepentingan iaitu pelajar akhir, graduan bekerja, tenaga akademik dan wakil
industri. Pendekatan kajian yang digunakan secara kaedah kualitatif secara temubual
dengan menggunakan teknik purposive sampling. Kajian ini melibatkan institusi
pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang menawarkan program animasi
dalam pengkhususan animasi 3D dan industri animasi 3D. Hasil kajian terhadap
aspek reaksi mendapati perkara seperti subjek kursus, tempoh masa dan kepakaran
tenaga akademik sering dibangkitkan oleh empat kumpulan responden. Manakala
bagi aspek pembelajaran pula terdapat kekurangan dari segi kefahaman dan
pengalaman dalam bidang berkenaan. Selain itu, bagi aspek sikap pula menunjukkan
isu berkaitan kemampuan kendiri, kemahiran dan pengetahuan menjadi topik utama
dibincangkan dalam maklumbalas yang disampaikan.
Actions (login required)
|
View Item |