Ali, Hafiaton Mohd
(2008)
Kebimbangan dan kawalan kendiri ibu
semasa melahirkan: kajian terhadap
primigravida dl Hospital Universiti
Sains Malaysia.
Project Report.
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk memahami perhubungan diantara tahap kawalan kendiri
ibu semasa melahirkan dengan tahap kebimbangan dalam kalangan ibu yang
melahirkan untuk kali pertama di HUSM. Selain itu, faktor perkaitan diantara tahap
kawalan kendiri ibu dengan faktor sosio demografi dan sosio ekonomi juga cuba
dikenalpasti. Kajian keratan lintang ini telah dijalankan di wad posnatal (2 Topaz)
HUSM dan seramai 64 responden terlibat. Pengumpulan data adalah menggunakan
borang soal selidik Skala Fungsi Agen Sersalin (SFAS) dan Visual Analogue Scaleruler
(VAS-ruler). Tahap kawalan kendiri ibu semasa melahirkan dikategorikan
kepada 2 kategori iaitu tahap kawalan kendiri rendah seramai 32 responden (50%)
dan juga tahap kawlan kendiri tinggi iaitu seramai 32 responden (50%). Min skor bagi
SFAS ibu ialah 46.63 (SP = 9.154) dengan julat markah antara 26 hingga 65. Ujian
Korelasi Pearson menunjukkan bahawa tahap kawalan kendiri ibu dan kebimbangan
berkait secara negatif (P = 0.000). Sementara itu, berdasarkan ujian Khi-Kuasa Dua
dan ujian ANOVA dapat dibuktikan yang tahap kawalan kendiri dengan faktor sosio
demografi mahupun faktor sosio ekonomi tidak mempunyai perkaitan yang signifikan
(P > 0.05). Secara keseluruhannya, kawalan kendiri merupakan penentu yang besar
kepada kepuasan dan pengalaman melahirkan yang positif. Sehubungan dengan itu
persediaan kelahiran adalah panting dan menjadi tanggungjawab ahli profesional
kesihatan (Sidan, Doktor dan Jururawat) untuk menyediakan ibu dengan informasi
yang cukup berkaitan kelahiran dan bekerjasama dalam merangka pelan perawatan
yang berkualiti dan holistik.
Actions (login required)
|
View Item |