Shaari, Diyaodin Hj.
(2019)
Penolakan Brunei Terhadap Gagasan
Malaysia, 1961 - 1963.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Negeri Brunei sejak dari awal lagi tidak bersetuju dengan rancangan British
untuk menyatukan Brunei, Sarawak dan Sabah, kerana dasar ini hanya bertujuan untuk
meringankan kewangan British seperti mana yang berlaku ke atas Negeri-Negeri Melayu
Besekutu pada tahun 1896 yang digunakan untuk menyelesaikan masalah kewangan
negeri-negeri yang kurang maju. Idea Malaysia telah dibangkitkan oleh Tunku Abdul
Rahman di Singapura pada 21 Mei 1961. Melalui perundingan yang dijalankan,
Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya pada 16 September 1963 tanpa Brunei
kerana permohonan Brunei untuk mengawal hasil minyak negeri tersebut untuk selamalamanya
ditolak oleh kerajaan Persekutuan yang memberikan syarat iaitu Brunei cuma
boleh berkuasa ke atas hasil minyak mereka untuk tempoh 10 tahun sahaja setelah
menyertai Malaysia. Selain daripada itu, kerajaan Persekutuan meminta supaya Brunei
mempertimbangkan penemuan telaga minyak yang baharu agar ianya mejadi hakmilik
Persekutuan, tetapi tidak dipersetujui oleh Brunei. Pendirian Brunei ini telah disokong
oleh kerajaan British berdasarkan Perlembagaan 1959. Terdapat empat objektif utama
kajian ini. Pertama, membincangkan perkembangan politik dan perlembagaan Brunei
sebelum gagasan Malaysia. Kedua, meneliti peranan Suruhanjaya Brunei dalam
rundingan-rundingan penubuhan Malaysia yang dijalankan dalam tempoh 1961-1963.
Ketiga, mengkaji sebab-sebab Sultan Brunei menolak cadangan penubuhan Malaysia.
Actions (login required)
|
View Item |