Atan, Ashikin
(2006)
Kajian jangka masa menunggu di jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia.
Other.
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.
(Submitted)
Abstract
Jabatan Kecemasan bertanggungjawab memberi rawatan kecemasan kepada
semua pesakit yang hadir tanpa sebarang diskriminasi. Secara ideal, pesakit tidak perlu
menunggu untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan. Namun keadaan yang
berlaku adalah sebaliknya. Kebanyakan pesakit yang bukan kes kecemasan terpaksa
menunggu lama untuk menerima rawatan. Hal ini mampu memberi kesan buruk kepada
keadaan kesihatan pesakit dan juga menyebabkan ketidakpuashatian terhadap rawatan di
Jabatan Kecemasan
Objektif :
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui jangka masa menunggu pesakit tidak
kritital (zon hijau) di Jabatan Kecemasan HUSM dan membandingkan jangka masa ini
dengan jangka masa yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan. Kajian ini juga adalah
untuk mengkaji adakah masa kedatangan pesakit ke Jabatan Kecemasan HUSM
mempengaruhi jangka masa mereka untuk menerima rawatan.
Kaedah:
Data 178 pesakit zon hijau yang tidak dimasukkan ke wad diperolehi termasuk data
demografi, rujukan, masa triage dan juga masa dilihat oleh doktor. Data yang diperolehi
dicatatkan dalam Borang Pengumpulan Data dan dianalisis menggunakan program
SPSS.
Keputusan:
Purata jangka masa menunggu sebenar bagi pesakit zon hijau eli Jabatan
Kecemasan HUSM adalah 71 ± SD 39.14 minit, lebih singkat berbanding jangka masa
yang telah ditetapkan oleh pihakjabatan iaitu 120 mini (2 jam). 43.3% daripada pesakit
dirawat dalam masa sejam, 48% dalam masa 2 jam manakala I 0.1 o/o dirawat selepas 2
jam. Daripada jumlah pesakit yang menunggu lebih d~pada 2 jam, 6 orang pesakit
terpaksa menunggu lebih daripada 3 jam untuk mendapatkan rawatan. Keputusan kajian
ini juga menunjukkan bahawa jangka masa menunggu dipengaruhi oleh kedatangan
pesakit mengikut hari, syif dan waktu bekerja.
Kesimpulan:
Jangka masa menunggu sebenar pesakit zon hijau di Jabatan Kecemasan HUSM
lebih singk.at berbanding dengan jangka masa yang ditetapkan Namun terdapat 10%
pesakit yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan kecemasan di
jabatan ini (>2 jam). Jabatan Kecemasan HUSM harus mengambil langkah-langkah
untuk mengurangkan jangka masa menunggu pesakit zon hijau.
Actions (login required)
|
View Item |