Efisiensi Pengurusan Air Tidak Berhasil (Nrw) Di Negeri Kelantan; Kajian Kes Bechah Tendong

Ismail, Mohammad Ghazi (2018) Efisiensi Pengurusan Air Tidak Berhasil (Nrw) Di Negeri Kelantan; Kajian Kes Bechah Tendong. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (513kB) | Preview

Abstract

Negeri Kelantan mencatatkan kadar NRW tinggi setiap tahun ke belakangan ini. Antara kawasan yang mencatat paras NRW tertinggi ialah Bechah Tendong dengan nilai 62%. Kajian ini bertujuan mengenalpasti permasalahan NRW, implikasi kewangan, menilai tahap kesedaran awam dan membangunkan SOP komprehensif. Analisis data kualitatif telah dilakukan menggunakan Perisian QSR Nvivo. Nisbah faedah-kos (BCR), Tempoh bayar balik (PBP), Pulangan atas pelaburan (ROI), Nilai kini bersih (NPV) digunakan bagi penilaian ekonomi. Hasil analisis Nvivo mendapati isu yang paling dominan dan memberi kesan besar dalam pelaksanaan NRW adalah berkaitan dengan pelaksanaan kerja, kekangan dalam melaksanakan kerja dan kontrak serta kurang kefahaman konsep pengurusan NRW yang menjadi isu besar kepada kegagalan pelaksanaan NRW dengan berkesan. Nilai indikator ekonomi yang diperoleh adalah BCR= 1.03, PBP = 9.32, ROI (%) = 6.40 dan NPV= RM 405,576.82. Berdasarkan analisis kolerasi, hubungan paling signifikan diperolehi di antara masalah sikap dan undang-undang dengan nilai pekali korelasi pearson, r=0.364. Hasil kajian menunjukkan paras NRW semasa berjaya dikurangkan sebanyak 17.35% iaitu daripada 62% menjadi 44.65% bagi tempoh 5 tahun (2014-2018). Kesimpulan, kajian ini mempunyai potensi untuk menjana pendapatan melalui penjimatan kepada pihak berkaitan. Seterusnya, merealisasikan hasrat keefisienan pengurusan NRW dicapai.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > TN Mining Engineering. Metallurgy > TN1-997 Mining engineering. Metallurgy
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (School of Material & Mineral Resource Engineering) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 25 Jan 2021 02:37
Last Modified: 25 Jan 2021 02:37
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48175

Actions (login required)

View Item View Item
Share